Hampir RM10 juta peruntukan rancak pembangunan usahawan Selangor

PROGRAM melahirkan usahawan yang berjaya terus menjadi iltizam Kerajaan Selangor apabila memperuntuk hampir RM10 juta dalam Belanjawan 2025 negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri komited melaksana pelbagai program, latihan, promosi serta pemberian geran bagi menggalak pertumbuhan keusahawanan, selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 Selangor hari ini menyenarai program sedia ada yang akan diteruskan pada tahun depan, antaranya:

i. Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS).
Program ini akan diteruskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta bagi terus memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan mikro di Negeri Selangor.

ii. Latihan keusahawanan.
Program ini akan diteruskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1 juta

iii. Promosi usahawan.
Sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi menggalak dan menyokong usahawan berpotensi menembusi pasaran dalam dan luar negara.

iv. Program pembangunan dan pengkomersialan produk.
Sebanyak RM400,000 diperuntuk dalam menggalakkan pengkomersialan produk usahawan, dengan usaha sama produksi filem, drama dan iklan tempatan.

v. Program pembangunan usahawan mikro melalui kerjasama agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.
Program Pembangunan Usahawan Negeri Selangor akan diteruskan dengan kerjasama Selangor Youth Community (SAY) melalui program sedia ada iaitu SAY ASPIRE dan SAY LEAD yang membangunkan usahawan eksport dan usahawan yang terdiri daripada golongan OKU.

Amirudin juga berkata, Kerajaan Negeri memperuntuk RM5 juta bagi meneruskan Platform Selangor (PLATS) bertujuan memperkasa perusahaan mikro kecil sederhana di Selangor.

Jelasnya, program berkenaan bakal memperkenal manfaat terbaharu iaitu U-PLATS Expand dengan kerjasama Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

“Antara program yang akan ditawarkan dalam U-PLATS Expand adalah program bersama Pernas. Peniaga yang telah dilatih di fasa 1 dan 2 akan dibimbing untuk mengembangkan perniagaan mereka ke seluruh negara dan seterusnya ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

SEREMBAN – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan mengambil pendirian berkecuali berhubung krisis politik yang berlaku di Negeri Sembilan. ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad memaklumkan, pendirian berkecuali itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

KOTA ISKANDAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Liew Chin Tong menegaskan bahawa kejayaan Johor dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini adalah hasil kerjasama erat antara kerajaan negeri dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Dua ADUN Bersatu masih mahu kekal sebagai pembangkang Negeri Sembilan

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Johor melangkah maju melalui muafakat, kerjasama politik dan reformasi ekonomi

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan