18,949 penjawat awam Sabah terima bonus sebulan gaji

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan atau minimum RM3,000 kepada 18,949 orang penjawat awam negeri.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.

“Bantuan Khas Kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000 kepada semua anggota perkhidmatan Negeri Sabah.

“Ini termasuklah yang berstatus kontrak, Vot Terbuka dan Pekerja Sambilan Harian (PSH),” katanya ketika pembentangan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, bantuan kewangan berkenaan akan dibayar pada Januari 2025.

Related Posts

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

KOTA KINABALU – Krisis dalaman Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) semakin memuncak apabila Ketua Penerangan, Iskandar Zulkarnain Ramli secara terbuka mendakwa Presiden, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah kehilangan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

‎USNO bergolak: Pandikar hilang sokongan, didesak berundur

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa