Menang ke atas Atletico Madrid, Arsenal ke final Liga Juara-Juara

ARSENAL mara ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas jaringan Bukayo Saka memastikan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu menamatkan aksi separuh akhir kedua di Stadium Emirates menerusi gol Saka pada hujung separuh masa pertama.

Selepas seri 1-1 pada aksi pertama di Madrid minggu lalu, Arsenal mara dengan agregat 2-1 hasil pertahanan kental mereka sehingga wisel penamat.

The Gunners kini menanti pemenang satu lagi separuh akhir antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich bagi aksi final di Budapest pada 30 Mei ini.

PSG yang menyingkirkan Arsenal pada separuh akhir musim lalu membawa kelebihan agregat 5-4 menjelang aksi kedua di Munich awal pagi esok.

Ia malam penuh bermakna buat Arsenal yang kembali ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak tewas 1-2 kepada Barcelona pada 2006.

Arsenal masih belum pernah menjuarai Liga Juara-Juara dengan dua trofi utama Eropah mereka sebelum ini hadir menerusi Piala Pemenang Piala 1994 dan Piala Inter-Cities Fairs 1970.

Final Eropah terakhir Arsenal pula berakhir dengan kekalahan 1-4 kepada Chelsea dalam Liga Europa 2019.

Musim ini berpotensi menjadi musim terbaik dalam sejarah Arsenal apabila mereka turut berada di landasan memburu gelaran berganda Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Related Posts

Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda

SARATOK – Berita gembira buat peminat sukan tempur di daerah ini apabila sebuah gelanggang tinju baharu bernilai RM190,000 bakal dibina bagi merancakkan lagi pembangunan sukan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

PEP Guardiola mengakui perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini bukan lagi dalam kawalan Manchester City selepas seri 3-3 dengan Everton, awal pagi tadi. “Sekarang ia bukan lagi di tangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi