Hadi ibarat ‘kata dulang paku serpih’

ADAKAH kita mahu mengamuk, menangis, atau ketawa apabila mendengar Presiden Pas – Hadi Awang – melabelkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) lebih dajal daripada dajal?

Dengan penuh yakin saya tegaskan, kita tidak perlu mengamuk sama sekali.

Hadi manusia yang teruk dan faktanya memang begitulah kalau kita telusuri naratif mulut celoparnya sejak berdekad-dekad.

Kerana mulutnya yang ‘tiada insurans’ itulah tercetusnya kes ‘mati katak’ di Memali.

Kata hukama pula, apabila ada seorang manusia yang teruk, kemudian seorang yang lain bertengkar dengannya, maka jumlah orang yang teruk bertambah menjadi dua.

Mahukah kita sekategori dengan Hadi? Yang berakal waras tentu tidak mahu, bukan?

Oleh sebab itu, kita tidak perlu mengamuk berhadapan orang yang bermulut longkang begitu!

Kita juga tidak perlu bersedih kerana yang sepatutnya bersedih, penyokong Pembangkang lebih-lebih lagi penyokong Pas.

Dalam konteks polemik ini, yang tersasar daripada ajaran Islam itu Hadi, bukannya pemimpin utama PH dan pemimpin BN.

Saya berkata begitu kerana dajal makhluk yang terang-terangan kufur sedangkan pemimpin tertinggi PH dan BN masih mengucap dua kalimah syahadah.

Atas fakta itu ditegaskan, apabila Hadi mengecap (melabel) pemimpin PHBN lebih dajal daripada dajal bermakna dia sudah mendahului kerja Allah SWT.

“Berat nnanang”, Hadi!

Itulah hakikatnya. Bertindak sedemikian, Hadi seolah-olah pemandu bas yang membawa penumpangnya ke jurang – melangkah ke arah kebinasaan.

Bertitik tolak daripada keadaan itu, sepatutnya penyokong pembangkang bersedih, seterusnya meninggalkan blok politik tersebut yang ternyata sudah hilang akal budi sebakiknya kian merapu!

Hadi seolah-olah sudah hilang punca, sangat stres, malah ketiadaan penasihat yang mampu menjernihkan akal budinya.

Malang betul Hadi!

Lagi satu, kita boleh ketawa, tetapi sebaik-baiknya tidak usahlah kita ketawa.

Sebagai gantinya, elok kita tunjukkan jiwa besar dengan mendoakan Hadi diberi hidayah oleh Allah SWT.

Kalau kita ketawa, akhlak kita pula terhakis dan itu tidak selaras dengan ajaran Islam yang maha suci.

Biarlah penyokong pembangkang saja yang ketawa – seronok tengok Hadi terus celopar. Kita pula elok berlapang dada.

Insya-Allah, ada ganjarannya. Manalah tahu selepas ini orang muda mula menjauhi pembangkang.

Jangan kata itu mustahil kerana orang muda di Nenggiri sudahpun membuktikannya dan itu fakta; bukannya omongan.

Arus baharu itu akan lebih kuat dan selepas ini orang di Mahkota (Johor) pula berbuat demikian.

Jika itu berlaku, yakinlah, gas air berkarbonat yang dibanggakan pembangkang semenjak beberapa tahun ini akan berkurangan seterusnya lenyap!

Jadi, tidak perlulah kita mengamuk, bersedih, atau ketawa berhadapan keceloparan Hadi.

Realitinya Hadi memang begitu, bahkan kian merapu.

Dia makin terdesak dan menggadaikan nilai murni yang sepatutnya dijunjung dalam setiap langkahannya.

Hadi sebenarnya menepati peribahasa – ‘Kata dulang paku serpih, mengata orang, aku yang lebih!’

Related Posts

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

KITA telah berbicara tentang seorang negarawan yang tidak pernah benar-benar menjauh daripada rakyat. Negarawan yang memahami politik bukan sekadar sebagai permainan kuasa, tetapi sebagai perjalanan panjang yang dibentuk oleh pengalaman.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan