
SESEBUAH negara akan lebih cepat membina empayar kalau semua pihak berusaha ke arah itu dengan jujur, matang, dan berjiwa besar.
Dalam konteks kita sebagai indivdu, peran (tugas, pekerjaan, tanggungjawab, dan lain-lain) ini harus dimainkan tanpa mengira perbezaan status sosial, pekerjaan, fahaman politik, bangsa, dan agama.
Atas fakta semua agama lebih-lebih lagi Islam mahu penganutnya berbuat baik, semua individu perlu memperlihatkan kejujuran, kematangan, dan jiwa besar, tidak ada sebab kita membelakangi keperluan itu.
Kita perlu menyokong pihak yang mahu membawa negara ini ke arah kecemerlangan sekalipun kita ditakdir buat masa ini bikan ahli parti pihak yang berkenaan.
Seharusnya kita faham bahawa sesebuah kerajaan tertubuh mengikut tempoh penggal tertentu dan apabila sudah dimasyhurkan, pihak berkenaan memerlukan fokus untuk memajukan negara.
Maka itu, kita sebagai rakyat tidak wajar bertindak nakal umpamanya sentiasa mencipta sensasi (baca ini sebagai fitnah) semata-mata kerana kita bukan ahli parti berkenaan.
Melakukan kejahatan sedemikian, tidak termasuk dalam ajaran mana-mana agama, apatah lagi Islam yang maha suci dan melanggar sunah Rasulullah SAW.
Sebagai parti politik pula, setiap organisasi tidak dilarang beraktiviti tetapi bukannya hidup dengan mencipta api kebencian dengan naratif yang palsu dan sangat tercela.
Sesebuah parti politik seharisnya tampil dengan gaya yang matang – mengesan serta memperbetul kesilapan kerajaan dengan penuh bertanggungjawab tanpa memfitnah.
Tampillah dengan kebijaksanaan. Pamerkan akal budi yang tinggi serta nilai murni dan dan ketulusan agar pada musim pemilihan seterusnya parti “anda” menjadi pilihan rakyat.
Berhentilah menggunakan agama dengan melabelkan pihak lawan seumpama gelaran yang sangat tidak bertanggunjawab.
Fahami permasalahan ini jika anda, baik secara individu mahupun secara organisasi tidak mahu disisihkan!
Ingat, Nenggiri sudah memberi isyarat bahawa naratif tradisi anda semakin tidak laku!
Berubahlah, pembangkang!




