Guru tahfiz terbabit jenayah seksual hanya kes terpencil, bukan gambaran realiti sebenar

PUTRAJAYA – Kes jenayah seksual membabitkan segelintir guru di institusi tahfiz merupakan kes terpencil dengan tidak sampai satu peratus daripada jumlah madrasah berdaftar terlibat dalam kes sedemikian.

Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran), Manolito Mohd Dahlan menegaskan, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk penderaan seksual, liwat, buli, atau perilaku songsang yang mencemar kesucian institusi pendidikan al-Quran.

Menurut beliau, perbuatan terbabit adalah satu jenayah, bercanggah dengan syariat Islam dan undang-undang negara serta pengkhianatan kepada amanah mendidik generasi pewaris al-Quran.

“Kes jenayah seksual dilaporkan sama sekali tidak menggambarkan imej dan realiti sebenar majoriti madrasah tahfiz di negara ini. Kami menyeru masyarakat dan media agar berlaku adil dan waras dalam menanggapi insiden ini.

“Janganlah kerana nila setitik dianggap telah rosak susu sebelanga sehingga menafikan sumbangan besar institusi tahfiz sejak berzaman dalam pembentukan generasi huffaz yang terpahat jiwa Al Quran, berilmu dan berakhlak.

“Sebagai perbandingan, sudah tentu kita tidak boleh menolak jasa keberkesanan sekolah berasrama penuh, pusat latihan kadet dan pusat latihan berasrama lainnya yang turut berdepan cabaran gejala seksual, buli dan seumpamanya. Kebaikan dan jasa semua institusi terbabit sudah tentulah jauh lebih besar untuk dinafikan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Dalam pada itu, Manolito berkata, Permata Al-Quran tampil dengan empat inisiatif yang merangkumi aspek pemantauan, latihan kepada guru dan program pemulihan serta kaunseling, sebagai usaha memperkasa keselamatan pelajar dan memulihkan keyakinan masyarakat.

Daripada aspek memperketat pemantauan, menurut beliau, pihaknya melaksanakan audit prestasi berkala terhadap madrasah tahfiz berdaftar, termasuk pematuhan undang-undang perlindungan kanak-kanak dan piawaian keselamatan.

“Kami turut menggalakkan pemasangan CCTV di kawasan kritikal seperti asrama dan laluan utama dengan pemantauan yang beretika.

“Selain itu, dari segi latihan dan profesionalisme guru, kami menyediakan modul latihan wajib berkaitan etika keguruan, kesedaran jenayah seksual dan prosedur pelaporan.

“Kami turut menetapkan keperluan saringan latar belakang dan tapisan kesalahan lampau bagi semua guru dan staf sebelum dilantik,” katanya.

Mengulas lanjut Manolito memaklumkan, Permata Al-Quran turut menyediakan khidmat kaunseling trauma kepada mangsa serta program pemulihan bersepadu kepada pelajar dan kakitangannya.

“Kita turut mempergiat kerjasama dengan pakar psikologi, pihak berkuasa agama, dan Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Katanya, pihaknya komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, polis dan agensi berkaitan dalam memastikam gejala tidak bermoral itu dapat dibanteras, selain menyokong penggubalan atau penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas terhadap pelaku.

“Sebagai langkah tambahan persatuan sebagai badan naungan nasional, pertama, kami menganjurkan madrasah mengadakan sistem pelaporan rahsia danperlindungan saksi.

“Untuk tujuan itu, kami menyediakan saluran aduan sulit untuk pelajar dan ibu bapa yang dilindungi di bawah Akta
Kanak-Kanak.

“Turut dilaksanakan, pendidikan kesedaran kesalahan seksual berteraskan syariah. (Dilaksanakan) modul asas agar pelajar mengenali sempadan aurat, adab pergaulan dan hak mereka sebagai mangsa jika berlaku gangguan,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor pada Isnin memaklumkan, polis menahan lelaki berusia 46 tahun itu pada jam 7.30 malam semalam di Tumpat, Kelantan.

Seorang mudir atau guru besar sekolah pondok yang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan amang seksual sekali lagi ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan sama di Kuala Nerus, Terengganu pada Februari lepas.

Related Posts

Penolakan usul persendirian 40 peratus bukan keputusan Kerajaan Negeri Sabah – Armizan

PAPAR – Penolakan usul persendirian berkaitan tuntutan 40 peratus Sabah di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bukan bermakna kerajaan negeri menolak perjuangan tersebut, sebaliknya ia adalah keputusan di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita PKR tegur KJ buat kenyataan dari ‘luar pagar’

PUTRAJAYA – Pemimpin Wanita PKR membidas kenyataan Khairy Jamaluddin yang mendakwa UMNO adalah parti lebih kuat dan kurang dikritik berbanding pesaingnya seperti PKR dan Bersatu. Exco Wanita PKR, Farahida Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji