MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menafikan dakwaan kononnya pihaknya bersikap lepas tangan dalam menangani kemelut yang dihadapi pesawah di bawah seliaannya susulan kenaikan harga diesel dan cuaca kemarau yang menjejaskan musim penanaman padi tahun ini.

Pengerusi MADA, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, pelbagai langkah awal dan intervensi telah serta sedang dilaksanakan bagi membantu meringankan beban pesawah yang terkesan akibat peningkatan kos input pertanian.

Menurutnya, antara usaha utama yang telah dikemukakan ialah permohonan penggunaan diesel bersubsidi atau fleet card di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kerajaan.

“Sejak penyelarasan harga diesel pada 2024, kita sudah usahakan insentif khusus untuk jentera pertanian. Permohonan fleet card telah dihantar kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Kewangan, namun masih belum diluluskan.

“Kita sama-sama berharap ia dapat dipertimbangkan segera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MADA di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas laporan berita kira-kira 90 peratus pesawah di Kedah termasuk kawasan MADA belum memulakan penanaman padi bagi musim baharu.

Jelas Dr Ismail, kelewatan itu berpunca daripada gabungan faktor kenaikan kos diesel serta keadaan cuaca tidak menentu yang menjejaskan jadual kerja di lapangan.

Menurutnya, MADA turut melaksanakan beberapa pendekatan lain termasuk pemantauan intensif mingguan, pelaksanaan solat sunat Istisqa serta operasi pembenihan awan (OPA) bagi menangani masalah kekurangan hujan.

“Kita tidak hanya berdiam diri. Selain usaha teknikal, kita juga lakukan pendekatan spiritual seperti solat minta hujan, dan OPA telah dilaksanakan beberapa kali sejak Februari dan April.

“Namun, keberkesanannya bergantung kepada keadaan awan dan faktor cuaca,” jelasnya.

Katanya, walaupun berdepan cabaran, MADA mengakui kelewatan penanaman berpotensi memberi kesan kepada pengeluaran padi sekiranya tidak ditangani dengan segera dan teratur.

Tambah Dr Ismail, antara risiko dikenal pasti termasuk gangguan kepada operasi mekanisasi, pengurusan air, bekalan input serta kemungkinan hasil padi terjejas jika musim hujan bertembung dengan tempoh penuaian.

Menurutnya, MADA menasihatkan pesawah di kawasan Muda agar mematuhi jadual penanaman yang ditetapkan serta bersedia melaksanakan kerja tanaman segera apabila keadaan cuaca kembali sesuai.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi