Guru dituduh sebar berita palsu berkaitan kematian Zara Qairina

SEORANG guru Bahasa Inggeris sekolah menengah hadir di Mahkamah Sesyen dan Majistret Sepang pagi ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan penyebaran maklumat yang tidak sahih berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Guru wanita berkenaan, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dijalankan, tiba di kompleks berkenaan pada pukul 8.34 pagi bersama beberapa ahli keluarga.

Beliau kemudiannya diiringi masuk ke mahkamah oleh pegawai daripada Unit Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Tertuduh dijangka didakwa di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Seksyen tersebut merujuk kepada kesalahan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan khianat awam.

Menurut peruntukan undang-undang tersebut, mana-mana individu yang membuat, menerbitkan atau mengedarkan kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat untuk menimbulkan ketakutan atau kegusaran dalam kalangan orang awam, atau yang boleh mendorong mana-mana pihak untuk melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam, melakukan suatu kesalahan jenayah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa guru berkenaan telah menyebarkan dakwaan palsu yang menyatakan Allahyarhamah Zara Qairina telah dibunuh selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Guru tersebut mengakui bahawa tindakan itu dilakukan semata-mata untuk mencipta kandungan di platform media sosial TikTok.

Allahyarham Zara, pelajar sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemukan tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) keesokan harinya.

Dalam perkembangan berkaitan, pada Rabu, seramai lima remaja telah dihadapkan ke Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu dan mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersama atas kesalahan menggunakan kata-kata kesat atau menghina yang didakwa menyebabkan kegusaran dan ketakutan kepada Allahyarham Zara.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China