Gua Niah diiktiraf Tapak Warisan Arkeologi Unesco

KUALA LUMPUR – Malaysia sekali lagi mengukir kejayaan di persada dunia apabila Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan itu diumumkan pada 7 malam waktu tempatan ketika sesi Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia ke-46 di New Delhi, India yang bermula 21 Julai lalu dan dijadual berakhir pada 31 Julai.

Menurut kenyataan itu, pengiktirafan berprestij berkenaan diputuskan oleh 21 ahli Negara Anggota Jawatankuasa Warisan Dunia yang dipengerusikan oleh wakil dari India.

“Usaha pencalonan Tapak Warisan Arkeologi Kompleks Gua Taman Negara Niah ini telah bermula sejak tahun 2019 dengan dokumen Senarai Tentatif telah dihantar kepada pihak Unesco pada 22 Januari 2021 dan pada 31 Januari 2023.

“Dokumen pencalonan telah dikemukakan secara serahan tangan kepada pihak Sekretariat Unesco di Paris, Perancis,” katanya.

Pengiktirafan itu menyaksikan Malaysia secara keseluruhannya berjaya menyenaraikan lima Tapak Warisan Dunia Unesco iaitu Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu pada 2000, Bandar Bersejarah Selat Melaka dan Georgetown (2008) serta Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012).

Menurut MOTAC, penyenaraian di bawah Senarai Warisan Dunia Unesco dikejar oleh seluruh negara kerana ia adalah pengiktirafan tertinggi di peringkat dunia bagi tapak warisan.

“Selain mempromosi dan mengetengahkan tapak warisan negara di peringkat global, pengiktirafan ini turut menunjukkan komitmen Malaysia dalam melindungi tapak-tapak warisan tempatan.

“Secara tidak langsung, pengiktirafan ini juga akan meningkatkan keterlihatan Malaysia di mata dunia sekali gus akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong,” katanya.

MOTAC turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan usaha pencalonan dapat berjalan dengan lancar.

Related Posts

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga: Mahkamah Syariah disyor guna prosiding secara dalam talian

PUTRAJAYA – Mahkamah Syariah diseru mengambil inisiatif bagi menjalankan prosiding sebutan kes secara dalam talian yang membabitkan penglibatan masyarakat awam dan Peguam Syarie yang berurusan di Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, Presiden,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’