Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

PUTRAJAYA – Bersatu dijangka akan menggunakan taktik baharu untuk memecah-belahkan Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Lumut, Komander (B) Nordin Ahmad Ismail berkata, beliau menjangkakan isu seterusnya yang akan dimainkan Bersatu adalah mendesak Pas menerima parti-parti yang berlainan ideologi menjadi ahli PN.

“Perkara yang akan dimain termasuklah ‘menyeludup’ masuk parti-parti yang dipimpin oleh Professor Dr P Ramasamy dan P  Waytha Moorthy melalui Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).

“Sebagai `trojan horse’, mereka akan terus mencipta masalah sehingga matlamat agar PN lemah dan berpecah tercapai,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Nordin berkata, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan Ketua Pembangkang kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

“Adakah Bersatu telah meminta Speaker supaya tempat duduk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat dipindahkan supaya Pengerusi PN boleh mengambil alih kedudukan di sebelah Ketua Pembangkang yang baharu kelak.

“Dalam Dewan Rakyat, penyokong Muhyiddin kini lebih kecil dari Parti Amanah. Malahan, bilangan Ahli Parlimen Bebas pun lebih ramai daripada penyokong Muhyiddin. Sudah tidak ada nilai. Kalau ada maruah, elok pindah sebelum dipindahkan,” katanya.

Sementara itu, Nordin berkata, keputusan Hamzah melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang adalah supaya tidak mahu menjadi alasan untuk Bersatu terus mengucar-ngacirkan PN.

Katanya, tindakan Hamzah melepaskan jawatannya itu melambangkan beliau seorang pemimpin berjiwa besar yang berjuang bukan kerana jawatan.

“Rasional di sebalik keputusan Hamzah itu turut disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa tindakan itu bagi memudahkan proses dalam PN sekali gus memastikan kelancaran pentadbiran dan keharmonian gabungan pembangkang.

“Itulah sikap seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Di bawah kepimpinan Hamzah, blok pembangkang berjaya memainkan peranan yang baik dan tersusun dalam Dewan Rakyat.

“Pembahagian portfolio di kalangan blok pembangkang menjadi kabinet bayangan yang berkesan dalam Parlimen. Bagi saya, langkah Hamzah ini adalah langkah awal sahaja, sebagai satu tindakan interim sebelum pengumuman lebih besar dalam masa terdekat,” katanya.

Nordin antara beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti kerana menyokong Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Related Posts

AMANAH Johor bersiap hadapi PRN, setuju tangguh jika perlu

Oleh: Alif Abd Aziz JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor menyatakan kesediaan penuh untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN), meskipun menyambut baik cadangan penangguhan pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadi label orang bebal, namun gagal kemukakan pelan realistik tangani krisis

PUTRAJAYA – Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabel pimpinan kerajaan bebal dan bangang disifatkan retorik murahan yang langsung tidak membantu rakyat memahami realiti ekonomi semasa. Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Sarawak perkukuh dasar tenaga, sasar kurangkan kebergantungan diesel

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Pembinaan SMAN, naik taraf Jalan Tengah Nipah dalam pertimbangan

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Impak konflik Asia Barat: Sarawak umum pakej bantuan RM876.2 juta

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang