GSF bukan pengganas, tuduhan biadab – PM

“INI satu kenyataan biadab,” bidas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menyifatkan tuduhan Israel melabelkan aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai pengganas adalah kenyataan yang biadab.

Tegasnya, pelayaran GSF ke Gaza adalah misi kemanusiaan bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas rejim Zionis, yang hakikatnya adalah pengganas sebenar.

“Suaranya daripada siapa? Daripada ‘terrorist’ Israel, ‘terrorist’ besar. Mereka (GSF) tidak membawa senjata, tidak membunuh orang.

“Mereka membawa makanan, minuman dan ubat-ubatan. Bagaimana GSF boleh dipanggil ‘terrorist’? Ini satu kenyataan yang biadab,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khadijah, Jalan Pantai Sentral 2, di Lembah Pantai, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, yang menuduh aktivis misi GSF yang kini ditahan rejim itu sebagai pengganas menerusi satu rakaman video.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Selain itu, Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan bahawa sukarelawan Malaysia dalam misi GSF tetap bersemangat kental biarpun kini berada dalam tahanan pihak Israel.

Jelasnya, para sukarelawan berkenaan telah memberi sumbangan besar dalam mencelikkan masyarakat dunia mengenai kekejaman rejim Zionis.

“Walaupun ada yang menyatakan mereka tidak sampai ke Gaza, harus difahami bahawa mereka sedang berdepan dengan rejim penjajah yang ganas.

“Apa yang mereka lalui ini membuka mata ratusan juta rakyat dunia. Mereka berkorban, menempuh ombak di lautan, berdepan ketidakpastian keselamatan, malah semua telefon mereka dicampakkan ke laut,” katanya.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi