Gesaan Hajiji letak jawatan tidak berasas, tiada keperluan – Fairuz

KOTA KINABALU – Gesaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah kerana isu video skandal rasuah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dilihat tidak berasas dan tiada keperluan untuk berbuat sedemikian.

Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Fairuz Renddan berkata, menerusi video-video yang disebarkan tiada paparan menunjukkan secara langsung Ketua Menteri menerima wang atau terlibat dengan kes tersebut.

Beliau berkata, video tersebut jelas membuktikan bahawa Ketua Menteri mengambil keputusan membatalkan Lesen Cari Gali (Prospecting Licence) kerana wujudnya pengaruh kartel.

“SPRM pada 17 November 2024 mengeluarkan satu kenyataan media yang menyatakan telah memulakan proses siasatan, bagaimanapun, nama Ketua Menteri tiada langsung dipanggil untuk memberi keterangan sekali gus membuktikan Ketua Menteri langsung tidak terlibat dengan kes tersebut.

“Sehingga kini, berdasarkan sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 November 2024, tiada satu pun laporan yang dibuat kepada SPRM berkenaan keterlibatan ADUN-ADUN di Sabah dengan tuduhan rasuah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tegas Fairuz, siasatan SPRM sentiasa dijalankan secara telus dan bebas serta terpulang kepada pihak SPRM untuk mendedahkan hasil siasatan kepada umum kerana mendakwa tiada perkara disembunyikan seiring kenyataan Ketua Menteri pada 12 November lepas.

“Oleh yang demikian, secara perundangan, tiada satu pun peruntukan yang memberi hak kepada mana-mana pihak untuk mendesak agar Ketua Menteri meletakkan jawatan untuk membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan adil.

“Pemuda GRS meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak berkuasa khususnya SPRM yang sedang menjalankan siasatan terhadap kes tersebut.

“Pemuda GRS akan terus menghormati proses undang-undang dan sesekali tidak akan terlibat dengan perbincangan serta provokasi di dalam media sosial,” tambahnya.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim dalam satu kenyataan menggesa agar Hajiji meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sabah dan siasatan terhadap ADUN-ADUN Sabah berkaitan kes Sabah Mineral Management (SMM) SDN BHD.

Menerusi kenyataan itu, Sufian menyifatkan Hajiji sebagai Ketua Menteri dan individu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal negeri yang perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu itu.

Justeru, selain mendesak Hajiji meletak jawatan, Pemuda UMNO turut menggesa siasatan menyeluruh terhadap SMM serta pendedahan hasil siasatan kepada rakyat Sabah.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan