Generasi muda perlu berani bersuara, kata Anwar

KUALA LUMPUR – Generasi muda perlu berani bersuara dalam memperjuangkan isu kemanusiaan, penderitaan rakyat, golongan terpinggir, kemiskinan, rasuah serta isu nasional lain, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, generasi muda itu akan terus bergelut dengan belenggu hutang, kemiskinan walaupun negara semakin maju sekiranya mereka tidak bertindak.

“Golongan muda perlu tegas dan berani bersuara menegakkan isu kemanusiaan, penderitaan rakyat, isu masyarakat terpinggir, kemusnahan alam sekitar, rasuah dan lain-lain.

“Masyarakat kita memerlukan generasi pelapis yang mempunyai penuh idea, cita-cita dan keutamaan… percaya kepada kebebasan, keadilan serta kemanusiaan seiring dengan perkembangan masa.

“Untuk populasi negara, masih ada jurang (gender), kemiskinan, golongan terpinggir dan seharusnya anak muda berani, bersuara mengenai isu yang menjadi perhatian, keutamaan,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE 2024) di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Sehubungan itu, Anwar berharap mahasiswa yang menyertai program iFUTURE 2024 menggunakan peluang sebaiknya untuk bertukar pandangan berlandaskan prinsip masing-masing.

“Saya bangga semangat ditunjukkan, kita harus guna ruang ini sebaik mungkin, memanfaatkan waktu, membina silaturahim, menimba pengalaman dengan teman-teman dan pertahan cita-cita murni dan idealisme (masing-masing).

“Apalah erti hidup tanpa pegangan prinsip dan nilai, apa erti kekayaan dan ilmu kalau tidak dijadikan nilai yang baik sebagai paksi,” katanya.

Program iFUTURE 2024) anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula hari ini hingga Ahad.

Ia usaha KPT memastikan generasi pelapis pemimpin negara didedahkan dalam pelbagai isu nasional dan global.

Program itu membabitkan lebih 1,000 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa daripada 46 negara ini adalah komitmen KPT dalam menyediakan wahana dan peluang kepada mahasiswa untuk penyerlahan bakat kepimpinan; meningkatkan kualiti keilmuan; mengukuhkan keterampilan dan kemahiran pengucapan awam.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

PUTRAJAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 19 Mac di 29 lokasi di seluruh negara. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja memaklumkan tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia