Jangan terlena kenaikan gaji, buktikan penjawat awam mampu berkhidmat kepada rakyat

PUTRAJAYA – Penjawat awam berasa pengorbanan dan dedikasi mereka dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Penjawat Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat berkata, pengorbanan penjawat akhirnya membuahkan hasil dengan menerima ‘durian runtuh’ daripada kerajaan.

Menurutnya, pelarasan gaji tersebut, inilah bukti bahawa kerajaan menghargai penjawat awam yang telah berterusan menabur bakti walaupun gaji mereka tidak disemak semula selama 12 tahun.

“Kami telah berkorban lebih 12 tahun tanpa kenaikan gaji. Maka pada hari ini kerajaan telah mengumumkan kenaikan gaji di antara 7 peratus hingga 15 peratus.

“Perkara-perkara pembaharuan yang begitu cepat mampu kami beri kepada rakyat dalam bentuk sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan lagi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Perdana Perhimpunan Perkhidmatan Awam ke-19 yang disempurnakan oleh Anwar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Adnan berkata, pihaknya menggesa penjawat awam untuk terus menunjukkan prestasi terbaik dalam perkhidmatan kepada masyarakat.

Menurut beliau, penjawat awam perlu menyediakan perkhidmatan atau produk mulai Isnin ini, setanding gaji baharu bakal diperolehi mereka.

“Perkara-perkara pembaharuan yang begitu cepat mampu kami beri kepada rakyat dalam bentuk sistem penyampaian perkhidmatan dengan lebih berkesan lagi.

“Cuepacs menyeru seluruh penjawat awam baiki segera percepatkan segera beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026.

Menurutnya, Pelaksanaan Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional untuk fasa satu adalah 8 peratus dan fasa dua pula 7 peratus.

Related Posts

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

PUTRAJAYA – Cadangan pemberian subsidi minyak kepada pusat kebajikan wajar dipertimbangkan bagi membantu melancarkan operasi harian institusi berkenaan. Perkara ini dilihat susulan peningkatan kos bahan api sejak kebelakangan ini yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Dakwaan Pulau Sebatik diserah kepada Indonesia tidak benar – Hajiji

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Lelongan antik palsu, pengarah syarikat rugi RM222,000

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese