Gencatan senjata Thailand-Kemboja bukti kebijaksanaan geopolitik PMX

KEPUTUSAN gencatan senjata yang berjaya dimeterai antara Thailand dan Kemboja melalui perantaraan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan sahaja menandakan kejayaan diplomasi tinggi, malah mengangkat imej Malaysia sebagai negara yang konsisten menyokong usaha keamanan dan kestabilan serantau.

Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu (Intelek Terengganu), Ahmad Nadhir Yob menyatakan bahawa kejayaan itu membuktikan kemahiran Perdana Menteri dalam mengurus isu geopolitik serantau dan antarabangsa.

“Keputusan gencatan senjata yang dicapai melalui perantaraan Perdana Menteri menunjukkan ketokohan beliau dalam menyantuni diplomasi kompleks dan merintis penyelesaian damai yang berkesan. Ini bukti nyata Malaysia memiliki pemimpin bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Gencatan senjata itu dimeterai di Malaysia hasil rundingan antara delegasi rasmi Thailand dan Kemboja, yang mencipta sejarah baharu buat Malaysia dalam peranannya di rantau ASEAN.

Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai negara berkecuali yang diyakini dalam usaha pendamaian konflik serantau.

Ahmad Nadhir turut menyatakan kebanggaan pihak Intelek Terengganu terhadap pencapaian tersebut dan menyeru negara-negara ASEAN serta masyarakat antarabangsa agar terus menyokong usaha Malaysia dalam mencorak kestabilan geopolitik serantau.

“Intelek Terengganu amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri. Kami berharap usaha-usaha berterusan beliau dan kerajaan Malaysia dalam mewujudkan iklim politik serantau yang stabil terus mendapat sokongan ASEAN dan dunia,” katanya lagi.

Hari ini, Thailand dan Kemboja mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat susulan konflik sempadan yang berlaku di antara kedua-dua negara.

Perkara itu diumumkan oleh Anwar menerusi sidang akhbar bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai selepas sesi mesyuarat khas yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana.

Malaysia sebelum ini telah menonjolkan peranan aktif dalam beberapa inisiatif perdamaian, namun kejayaan terbaharu ini disifatkan sebagai antara pencapaian tertinggi diplomasi luar negara di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat