Gas ammonia disyaki punca pencemaran bau

JOHOR BAHRU – Pencemaran bau menimpa kawasan di sekitar Kampung Melayu Pandan, di sini semalam disyaki berpunca daripada kehadiran gas ammonia.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Mohd Rashdan Topa berkata, gas ammonia itu dikesan melalui ujian dilakukan dengan menggunakan alat pengukur gas di lokasi berkenaan.

Bagaimanapun menurut beliau, pemantauan dilakukan pada hari ini mendapati bacaan gas ammonia di kawasan tersebut semakin berkurangan.

“Pengawasan kualiti air di Sungai Pandan kira-kira pukul 1.30 petang semalam mendapati bacaan parameter bacaan oksigen terlarut (DO) adalah rendah.

“Kita menerima laporan mengenai pencemaran bau pada tengah malam semalam dan bacaan tertinggi yang direkodkan pukul 2 petang semalam dan bacaan melebihi AEGL 1 (tahap kepekatan udara selamat).

“Namun, pengawasan kualiti udara yang dijalankan oleh JAS di Sungai Pandan pada pukul 1.10 pagi tadi pula mendapati bacaan kepekatan Ammonia dan lain-lain parameter adalah normal,” katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi berkenaan.

Terdahulu, tinjauan JAS Johor ke lokasi kejadian turut dipaparkan secara langsung menerusi platform Facebook hari ini.

Semalam, media melaporkan beberapa penduduk di sekitar Taman Daya, Taman Istimewa, Taman Seri Austin dan kampung berkenaan yang mengadu pening kepala dan loya setelah terhidu bau kimia d kawasan rumah masing-masing.

Bau kimia yang dikesan begitu kuat dan pekat di kawasan Kampung Melayu Pandan menyebabkan sebuah tadika dan sekolah agama di kawasan berhampiran ditutup.

Mengulas lanjut, Rashdan berkata, sampel yang diambil daripada air sungai dan tanah telah dihantar ke Jabatan Kimia Negeri Johor bagi mengenal pasti kandungan bahan kimia lain yang masih belum dikenal pasti jenisnya.

Pihaknya berharap keputusan itu dapat diketahui dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengenai punca pencemaran.

Katanya, selain pemantauan di jalan darat, JAS Johor memantau menggunakan dron di sepanjang dua kilometer aliran di Sungai Pandan bagi mengesan sejauh mana sungai itu tercemar hingga berubah warna menjadi kehitaman serta punca pencemaran bau kimia berkenaan berlaku.

“Pemantauan dron di Sungai Pandan yang diadu tercemar mendapati air sungai berwarna kehitaman, terdapat ‘oil sheen’ pada permukaan sungai dan kehadiran bau tengit yang agak kuat.

“Kita turut mengesan ‘oil sheen’ di sungai berhampiran Kawasan Perindustrian Tebrau yang dipercayai bahan kimia,” katanya.

Ujarnya, pemeriksaan di premis-premis yang beroperasi di sepanjang Sungai Pandan juga telah dijalankan bagi mengesan punca pencemaran bau kimia berlaku.

Kata Mohd Rashdan, pemeriksaan premis turut melibatkan loji-loji kumbahan selain kilang yang menggunakan ammonia seperti kilang baja dan kilang membuat ais.

“Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan bahawa bahan kimia itu dibuang oleh lori yang membawa sisa buangan dari luar ke kawasan tersebut.

“Namun siasatan menyeluruh sedang dijalankan,” katanya.

Sehingga kini katanya, hanya dua orang sahaja dari kawasan terjejas mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik kesihatan setelah mengalami pening kepala dan loya akibat terhidu bau kimia.

  • Related Posts

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

    DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

    DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

    10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

    10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

    Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

    Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

    Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

    Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

    Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

    Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah