Gangguan seksual: Serah pada pihak berkuasa, jangan buat spekulasi hingga timbul fitnah

PUTRAJAYA – Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.

Sehubungan itu, Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi isu ganggungan seksual di universiti awam.

Menurut beliau, pihaknya mengambil serius akan tindakan sebuah persatuan yang mendakwa satu daripada lima pelajar di sebuah universiti awam pernah mengalami gangguan seksual.

“Kita menggesa semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengucar-ngacirkan keadaan.
Pihak yang melontarkan dakwaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap implikasi dan perkara yang didakwa.

“Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat disarankan untuk menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa tanpa membuat spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Ekhwan memaklumkan, JKNCR UA menentang sekeras-kerasnya sebarang bentuk gangguan seksual dalam kalangan warga institusi pengajian awam di Malaysia.

“Universiti awam sebagai wahana ilmu negara seharusnya menjadi institusi paling selamat serta bebas gangguan seksual apabila diurus dengan adunan nilai keagamaan, adab serta kesarjanaan yang seimbang.

“Sebarang tindakan yang diambil oleh universiti awam berkenaan dengan aduan gangguan seksual perlu dijalankan mengikut prosedur dan peraturan sedia ada selari dengan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605],” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan Unit Integriti di semua universiti awam juga menjadi saluran utama dalam pelaporan kes-kes gangguan seksual.

Katanya, unit tersebut akan menyiasat aduan yang diterima tanpa sebarang intervensi, sekali gus memberikan keadilan dan melindungi hak semua pihak.

“Justeru, seluruh warga universiti awam Malaysia diingatkan agar tidak mengambil sebarang tindakan yang melanggar mana-mana kod amalan dan tatacara universiti serta undang-undang negara.

“Semua warga juga diingatkan agar menjalankan tanggungjawab dengan berhemah dan beretika,” tegasnya.

Terdahulu, Universiti Malaya (UM) menjadi perhatian seluruh negara selepas seorang pensyarah universiti tersebut didakwa menghantar gambar lucah kepada beberapa pelajarnya.

Kelab Feminisme UM menuntut universiti itu menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap ahli akademik terbabit.

Tiga tuntutan dikemukakan dalam memorandum yang dihantar, antaranya mendesak tugas pensyarah berkenaan digantung, siasatan kes secara adil dan tegas, serta memperbaiki kelemahan polisi antigangguan seksual sedia ada.

Sebelum ini, UM mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan