Gadis ‘mukbang’ maut terlebih makan

BEIJING – Seorang bekas pelayan restoran maut akibat makan berlebihan selepas melakukan penstriman langsung mukbang atau dalam bahasa Korea iaitu mengamalkan pemakanan dalam kuantiti yang banyak.

Pan Xiaoting, 24, yang menjadikan kerjaya sebagai ‘mukbanger profesional’ sejak tahun 2020 dilaporkan maut di hospital akibat makan berlebihan.

Bedah siasat oleh doktor menunjukkan perutnya dipenuhi makanan tidak dihadamkan dengan sempurna dan terdapat kecederaan teruk pada ususnya.

Menurut Oditty Central, Xiaoting menceburkan diri dalam mukbang selepas menonton YouTube yang menampilkan pempengaruh menunjukkan mereka memakan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Malah, hasil penstriman lansung itu mereka berjaya menjana pendapatan yang tinggi hasil aktiviti mukbang tersebut.

Jadi, bekas pelayan itu mengambil keputusan berhenti kerja dan telah menyewa sebuah bilik dengan menjadikannya sebagai studio aktivitinya itu.

Pada mulanya, ibu-bapanya tidak bersetuju dengan tindakan diambil anak mereka dan kemudian mereka terpaksa mengakui kehendak Xiaoting itu.

Pada mulanya, pengikut Xiaoting tidak ramai, namun lama-kelamaaan dia bertindak menambah jumlah makanan dan cabaran lain semasa penstriman langsung menyebabkan pengikutnya semakin bertambah.

Semasa melakukan mukbang, berat Xiaoting dikatakan mencecah 300 kilogram dan dia pernah dimasukkan ke hospital selepas mengalami pendarahan dalam perut akibat makan terlampau banyak.

Bagaimanpun, nasibnya kali ini tidak menyebelahinya selepas aktiviti mukbang menyebabkan dia menemui ajal meskpun pernah menerima nasihat oleh pengikutnya yang bimbang mengenai aktiviti mukbang yang semakin popular di YouTube.

Related Posts

Keganasan RSF di Sudan perlu dihentikan, komuniti antarabangsa perlu campur tangan

 PUTRAJAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosid yang berlaku di Darfur, Sudan, serta mendesak tindakan segera bagi menghentikan keganasan dilakukan kumpulan Rapid Support Forces (RSF). Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan dengan Jinping kejayaan besar, kata Trump

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump menggambarkan pertemuannya dengan pemimpin China, Xi Jinping, sebagai satu ‘kejayaan besar’. Trump berkata, dia akan ke China pada bulan April tahun depan untuk rundingan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seni dan budaya lambang perpaduan masyarakat – Hasbi

Seni dan budaya lambang perpaduan masyarakat – Hasbi

‘Biarlah Tun Mahathir tu’

‘Biarlah Tun Mahathir tu’

Hak negeri tidak dikhianati, tuduhan Pas Terengganu hanyalah propaganda putar alam

Hak negeri tidak dikhianati, tuduhan Pas Terengganu hanyalah propaganda putar alam

Pahang catat rekod cemerlang pertumbuhan produktiviti buruh

Pahang catat rekod cemerlang pertumbuhan produktiviti buruh

Keganasan RSF di Sudan perlu dihentikan, komuniti antarabangsa perlu campur tangan

Keganasan RSF di Sudan perlu dihentikan, komuniti antarabangsa perlu campur tangan

Sidang Kemuncak ASEAN lambang kejayaan rakyat Malaysia – Fahmi

Sidang Kemuncak ASEAN lambang kejayaan rakyat Malaysia – Fahmi