Biden tarik diri pertandingan Presiden penggal kedua

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menarik diri daripada perebutan jawatan presiden dan mengesahkan Naib Presidennya, Kamala Harris, sebagai calon Parti Demokrat.

Biden berkata, adalah menjadi satu penghormatan terbesar dalam hidupnya untuk berkhidmat sebagai Presiden AS.

“Walaupun saya berhasrat untuk bertanding semula, namun demi kepentingan terbaik parti dan negara, saya percaya adalah lebih baik untuk berundur dan menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Presiden untuk baki penggal saya,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan melalui platform X.

Biden menawarkan sokongan penuh untuk Harris yang akan menggantikannya sebagai calon presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 5 November ini, menurut Agensi Anadolu (AA).

“Demokrat sudah tiba masanya untuk bersatu dan menewaskan Trump. Mari lakukan ini,” katanya.

Biden berkata, beliau akan berucap dengan lebih terperinci mengenai keputusannya kepada negara, akhir minggu ini.

Pencalonannya menjadi tumpuan berikutan prestasi buruknya menentang bekas Presiden, Donald Trump dalam debat presiden akhir bulan lalu.

Pada Khamis lalu, Trump menerima pencalonan presiden Republikan pada Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, ketika desakan supaya Biden menarik diri daripada perlumbaan itu semakin meningkat.

Sementara itu, Harris dalam satu kenyataan berkata, dia berbesar hati mendapat sokongan Biden, sambil menambah niatnya adalah untuk mendapatkan dan memenangi pencalonan itu.

“Sepanjang tahun lalu, saya sudah mengembara ke seluruh negara, bercakap dengan rakyat Amerika mengenai pilihan jelas dalam pilihan raya penting ini.

“Itulah yang akan saya lakukan dalam beberapa hari dan minggu akan datang.

“Saya akan melakukan segala-galanya untuk menyatukan Parti Demokrat dan negara untuk mengalahkan Donald Trump dan agenda Projek 2025 yang melampau,” katanya.

Tambahnya, ada tempoh 107 hari lagi untuk Hari Pilihan Raya.

“Bersama-sama, kita akan berjuang. Dan bersama-sama, kita akan menang,” katanya.

Menurut CNN, memetik sumber yang biasa dengan isu itu, rancangan untuk Biden menarik diri daripada perlumbaan berkenaan sudah dilaksanakan pada malam Sabtu dan dimuktamadkan semalam.

Biden masih dalam proses pemulihan daripada jangkitan COVID-19 dan berehat di rumahnya di Pantai Rehoboth, Delaware.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO