Keganasan RSF di Sudan perlu dihentikan, komuniti antarabangsa perlu campur tangan

 PUTRAJAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan genosid yang berlaku di Darfur, Sudan, serta mendesak tindakan segera bagi menghentikan keganasan dilakukan kumpulan Rapid Support Forces (RSF).

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, pihaknya amat bimbang dengan keadaan kemanusiaan di Al-Fashir, ibu kota Darfur Utara, yang kini menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai oleh RSF dan kumpulan sekutunya.

Menurutnya, ketiadaan wartawan antarabangsa di kawasan konflik memaksa penyelidik bergantung kepada imej satelit yang menunjukkan kesan serangan termasuk kebakaran penempatan awam dan tompokan besar darah di kawasan penduduk.

“Antara yang dikesan termasuk tompokan besar darah, kebakaran penempatan awam serta pengepungan kawasan penduduk yang cuba menyelamatkan diri.

“Situasi di Darfur semakin genting. Penduduk awam menjadi sasaran tanpa belas kasihan, manakala dunia seolah-olah memilih untuk berdiam diri,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi memaklumkan, menurut Pejabat Hak Asasi Manusia PBB dan Human Rights Watch, lebih 15,000 orang awam terbunuh sejak konflik memuncak pada 2023, manakala lebih 10 juta rakyat Sudan menjadi pelarian dalam dan luar negara.

“ABIM menggesa campur tangan segera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menghentikan kekejaman serta pembunuhan beramai-ramai yang didakwa dilakukan RSF di Darfur, Sudan.

“Jenayah yang berlaku ini memenuhi definisi genosid berdasarkan Konvensyen Genosid 1948. Komuniti Masalit dan etnik Afrika Darfur diserang hanya kerana identiti kaum mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fahmi berkata, ABIM menuntut agar komuniti antarabangsa melaksanakan sekatan menyeluruh terhadap mana-mana negara, entiti atau individu yang dikenal pasti menyalurkan dana, senjata serta sokongan ketenteraan kepada RSF.

Selain itu, katanya, akses kemanusiaan tanpa sekatan perlu diberikan kepada agensi bantuan bagi membolehkan mereka menyalurkan keperluan asas kepada penduduk yang berisiko berdepan kebuluran besar-besaran.

“ABIM turut menggesa siasatan bebas antarabangsa di bawah Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dijalankan bagi memastikan semua pelaku jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid dibawa ke muka pengadilan.

“Dalam masa sama, Malaysia melalui Wisma Putra diseru memainkan peranan lebih aktif di peringkat antarabangsa, termasuk menyokong resolusi kecemasan di PBB serta membawa isu itu ke pentas ASEAN dan dunia Islam selaras dengan komitmen Malaysia membela mangsa penindasan global.

“Kerajaan Sudan mempunyai tanggungjawab undang-undang antarabangsa untuk menghentikan serangan kejam terhadap rakyatnya.

“Pembunuhan berasaskan identiti kaum tidak boleh dibiarkan berterusan dan tidak boleh dinormalisasi dalam hubungan antarabangsa,” ujarnya.

Sebagai langkah susulan, Fahmi berkata, ABIM melalui agensi kemanusiaannya, Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah melancarkan kempen bantuan Peduli Sudan di laman pedulisudan.com bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terperangkap dalam krisis berpanjangan itu.

“Abim turut mengingatkan masyarakat dunia agar tidak membiarkan sejarah hitam seperti genosid di Rwanda dan Srebrenica berulang, selain menegaskan bahawa kekejaman yang sedang berlaku di Gaza dan kini di Darfur memerlukan tindakan segera komuniti antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan