‘Biarlah Tun Mahathir tu’

DATUK Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS), seumpama negara mengorbankan kemerdekaan.

Perdana Menteri berkata, dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad itu tidak wajar diambil serius kerana ia berdasarkan maklumat yang tidak tepat.

“Biarlah Tun Mahathir itu. Kenapa ganggu dia? Kalau dia marah, dia marah terus apa pun, jadi biarlah.

“Saya tak fikir kita patut serius dengan pandangan dia kerana dia itu bergantung kepada taklimat yang diberikan. Takkan dia nak teliti semua secara terperinci, mencerakin, menelusuri kandungan itu. Tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hari pertama Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Gyeongju, Korea Selatan, hari ini.

Anwar mengulas kenyataan dua bekas Perdana Menteri berhubung perjanjian perdagangan bersama AS itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa Malaysia telah mengorbankan kemerdekaan dengan membenarkan AS mengenakan kehendaknya menerusi perjanjian itu.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendakwa perjanjian itu mengandungi pelbagai peruntukan jerangkap samar atau bom jangka yang memudaratkan Malaysia di masa akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan bahawa setiap rundingan perdagangan antarabangsa termasuk melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan, sememangnya memerlukan timbang tara.

“Kalau betul kita hanya bagi monopoli sepenuhnya kepada AS, bagaimana boleh kita tangani perjanjian perdagangan bebas dengan negara China?

“Dan bagaimana hari ini kita boleh bincang dengan JS Link, dengan Lynas, (berkenaan) nadir bumi oleh syarikat Korea Selatan?,” soalnya.

Jelas Anwar, semua negara berunding dengan AS, berkenaan dengan tarif termasuk kuasa besar China.

“Dalam mana-mana perundingan ada tolak ansur, apatah lagi pelaburan dia besar, hubungan dia besar. Tapi kita jaga maruah kita,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan pentingnya diplomasi yang matang dalam memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam pelaburan global.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan