Regim Zionis serang pelabuhan Yaman

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dan 87 lain cedera, selepas jet pejuang Israel menyerang sasaran tentera Houthi berhampiran pelabuhan Hodeidah, Yaman, pada Sabtu.

Kebanyakan mangsa cedera dalam serangan itu melecur teruk.

Serangan udara itu menyasarkan kemudahan minyak dan stesen janakuasa, menurut laporan Al-Masirah TV, saluran berita televisyen utama yang dikendalikan oleh pergerakan Houthi Yaman.

Serangan itu dilakukan sehari selepas kumpulan Huthi melancarkan dron ke atas hab ekonomi Israel, Tel Aviv.

Penduduk Hodeidah berkata, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika pengeboman meluas dan pasukan pertahanan awam dan bomba dilaporkan cuba memadamkan kebakaran di tangki minyak pelabuhan.

Jurucakap tentera Israel mendakwa, pelabuhan itu digunakan tentera Houthi untuk menerima penghantaran senjata dari Iran.

“Sasaran itu lebih 1,700 km dari Israel, termasuk tapak dwiguna seperti infrastruktur tenaga,” katanya.

Majlis Politik Tertinggi Houthi berkata, pihaknya akan bertindak balas terhadap serangan itu.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree berkata, kumpulan itu tidak akan teragak-agak untuk menyerang sasaran penting Israel.

Pegawai Israel mendakwa, serangan ke atas Yaman berlaku selepas lebih 200 serangan Huthi ke atas Israel, sekali gus mencetuskan kebimbangan perang itu boleh merebak menjadi konflik serantau.

Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dalam kenyataan berkata, ‘kebakaran’ yang sedang marak di Hodeidah kini dapat dilihat di seluruh Asia Barat.

“Houthi menyerang kami lebih 200 kali. Kali pertama mereka mencederakan seorang warga Israel, kami menyerang balas.

“Dan, kita akan lakukan itu (serangan) di mana-mana tempat yang mungkin diperlukan,” katanya.

Jumaat lalu, sebuah dron jarak jauh buatan Iran dilancarkan dari Yaman dan mengenai Tel Aviv dalam serangan yang didakwa dilakukan oleh Houthi.

Seorang lelaki dilaporkan terbunuh dan empat yang lain cedera.

Related Posts

Syria dakwa serangan sasar penduduk awam, Israel nafi terlibat
  • SitiSiti
  • July 18, 2025

SYRIA mengecam keras serangan udara yang dilaporkan berlaku lewat malam Khamis di wilayah selatan Suwayda, yang didakwa menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kalangan penduduk awam. Serangan itu menyasarkan kawasan pinggir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Serangan udara Israel gegar bumi Syria
  • SitiSiti
  • July 17, 2025

ISRAEL melancarkan siri serangan udara terbaharu ke atas ibu negara Syria, Damsyik, pada Rabu, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di rantau itu. Menurut laporan Anadolu, serangan tersebut menyasarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET