Ewon Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Khas, bantu selesaikan 400 projek lewat Sabah

PENAMPANG – Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick bakal mempengerusikan Jawatankuasa Pemantauan Khas bagi menyelesaikan 400 projek lewat di Sabah untuk melancarkan cadangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) tahun 2026-2030.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata melalui pelan pembangunan penampang 2024-2035 yang telah dibentangkan dalam mesyuarat tindakan daerah yang menjadi input kepada RMK13 nanti telah dikembangkan beberapa cadangan projek yang diperlukan oleh rakyat di kawasan itu.

“Terutamanya hospital pakar, sekolah rendah baharu, pembesaran jalan raya dan penyambungan projek-projek sedia ada seperti lebuh raya, tebatan banjir dan beberapa projek pembangunan lain yang sedang dilaksanakan namun tertangguh dan lewat disiapkan.

“Kerana itu saya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Khas, susulan daripada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang mengarahkan saya bersama dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya dalam penyelesaian ini yang memerlukan kerjasama rapi daripada Kerajaan Negeri terutama jabatan-jabatan teknikal dan juga pihak kontraktor kerana banyak projek lewat itu berpunca daripada mereka selain masalah berkaitan cuaca, bencana Pandemik Covid-19 dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Krismas, bertempat di Buhavan Square, Donggongon, di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Ewon turut menjelaskan kerajaan telah menetapkan bagi sebarang kelulusan kepada cadangan projek pembangunan RMK13 adalah harus diselesaikan semua masalah yang melibatkan semua isu-isu teknikal dalam projek tersebut.

Katanya, di Penampang ini ada beberapa projek yang diberikan ‘extension of time’ (EOT) banyak kali, salah satunya projek tebatan banjir dan beberapa jalan raya di dalam kawasan daerah ini seperti agensi pemindahan utiliti yang memerlukan perbelanjaan peruntukan masing-masing untuk pemindahan utiliti.

“Tetapi perolehan tanah juga menjadi cabaran, seperti perolehan tanah dan harta awam dimana ada pemilik tanah atau pemilik rumah yang tidak bersetuju dengan tawaran dan mahu dibincangkan kemudian dan ada yang tidak mahu berpindah, ini juga menyumbang kepada keterlewatan projek.

“Walau bagaimanapun, saya komited untuk mempengerusikan mesyuarat ini setiap bulan seperti yang diamanahkan dan saya akan berusaha mengangkat projek-projek cadangan ini dengan menyelesaikan masalah yang berkaitan agar dapat diluluskan dalam RMK13 nanti,” ujarnya.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM