PKR Sabah pegang teguh prinsip perangi rasuah, penyalahgunaan kuasa

KOTA KINABALU – PKR Sabah berpegang teguh pada prinsip dan berpendirian untuk memerangi rasuah serta menentang penyalahgunaan kuasa di negeri ini.

Menurut Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin, Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun memfokuskan kepada kestabilan politik, pembangunan ekonomi, keadilan pengagihan kekayaan serta usaha tegas membanteras rasuah, pemborosan dan penyelewengan.

“PKR sentiasa berpegang kepada prinsip menentang rasuah dan salah guna kuasa serta prinsip ‘rule of law’.

“PKR Sabah menyeru agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat dalam skandal video rasuah.

“Kita tidak boleh memberi tekanan berlebihan kepada SPRM kerana bimbang wujud kecacatan dalam proses pendakwaan, seperti beberapa kes pemimpin politik sebelum ini yang akhirnya terpaksa dibebaskan.

“Contoh pendakwaan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini menunjukkan tindakan yang tergesa-gesa dan bermotifkan politik sehingga kekurangan bukti menyebabkan kes gagal dan individu terbabit dibebaskan,” katanya ketika Sidang Media PKR di sini pada Sabtu.

Tambahnya lagi, ketirisan dana awam yang besar telah menyebabkan banyak projek pembangunan terbengkalai.

“Contohnya terdapat ketirisan RM1.5 bilion semasa pentadbiran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawah Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal antara 2009 hingga 2015.

“Projek-projek yang gagal seperti pembinaan loji air bernilai RM45 juta di Semporna didakwa gagal berfungsi yang menjadikannya sebagai projek gajah putih,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Peto Galim meluahkan rasa bimbang dengan gerakan kumpulan pelajar yang dimanfaatkan oleh pemain politik.

“Walaupun kami menjunjung kebebasan bersuara, namun pelajar seharusnya memberi tumpuan kepada kuliah, pendidikan dan pengajian mereka.

“Saya berharap agar apabila pelajar-pelajar ini menamatkan pengajian, mereka akan muncul sebagai pemimpin yang lebih berketerampilan dan bersedia untuk memimpin negeri,” ujarnya.

Katanya, PKR Sabah menegaskan komitmen terhadap Perlembagaan yang menjamin hak bersuara dan berhimpun, namun peserta himpunan perlu mematuhi garis panduan Akta Perhimpunan Aman.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM