Dua penjawat awam, pemilik syarikat direman kes ‘makan suap’ projek pasang lampu isyarat, lampu jalan

GEORGE TOWN – Dua orang penjawat awam pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini dan seorang pemilik syarikat direman empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan projek pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan sejak 2016.

Perintah tahanan reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret George Town selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa.

Pegawai Pendaftar Mahkamah Majistret, Muhammad Azam Md Eusoff membenarkan reman selama empat hari sehingga 9 Mei terhadap dua penjawat awam masing-masing lelaki dan wanita.

Sementara pemilik syarikat lelaki direman dua hari sehingga 7 Mei ini.

Kesemua mereka berusia lingkungan 30-an hingga 40-an.

Menurut sumber SPRM, ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang ketika hadir memberi keterangan antara jam 1 hingga 4 petang, Isnin.

Sumber berkata, siasatan awal mendapati beberapa pemilik syarikat disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam PBT itu sebagai balasan mendapatkan tender projek pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan.

“Pemilik syarikat terlibat mengemukakan permohonan tender mengandungi butiran matan palsu. Kedua-dua penjawat awam itu dipercayai menerima suapan antara RM3,000 hingga RM5,000 sejak 2016.

“Bayaran suapan itu diterima tanpa semakan lanjut terhadap dokumen permohonan yang dikemukakan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Idris Zaharudin mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(B) Akta SPRM 2009.

“SPRM komited membanteras gejala rasuah dalam agensi kerajaan terutamanya PBT agar syarikat yang tidak layak tidak dipilih melaksanakan projek yang boleh menjejaskan kemudahan awam,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu