Dua individu ditahan bantu siasatan kes ‘phone scam’ di Saratok

SARATOK – Polis menahan dua individu disyaki terlibat sebagai pemilik akaun ‘mule’ dalam kes penipuan telefon (phone scam) menerusi operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek terdiri daripada seorang wanita berusia 42 tahun dan seorang lelaki berusia 20 tahun yang ditahan di sekitar Kota Samarahan.

Menurutnya, suspek wanita ditahan pada jam 4.05 petang kerana disyaki terlibat dalam dua kes berasingan melibatkan pelaburan tidak wujud serta penyamaran sebagai syarikat kurier.

“Suspek mengaku akaun bank yang digunakan adalah miliknya dan dibuka di sebuah bank di Kuching, namun mendakwa tidak mengetahui tentang kemasukan wang ke dalam akaun berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan siasatan, akaun suspek wanita telah digunakan bagi memperdaya mangsa melalui pelaburan tidak wujud dengan jumlah kerugian RM39,080.74, manakala dalam satu lagi kes melibatkan penyamaran sebagai syarikat kurier dengan kerugian RM7,000.

Sementara itu, katanya, suspek lelaki yang ditahan pada jam 5.22 petang turut mengakui akaun bank yang digunakan dalam penipuan berkenaan adalah miliknya.

“Akaun suspek digunakan bagi urusan pembayaran hotel dan jamuan makan melibatkan nilai RM380, namun dia mendakwa akaun tersebut sudah lama tidak digunakan dan tidak mengetahui tentang transaksi wang masuk,” jelasnya.

Beliau menegaskan, tindakan membuka atau meminjamkan akaun bank kepada pihak lain boleh menyebabkan seseorang dianggap bersubahat dalam jenayah.

“Jangan sesekali menjadi ‘mule’ akaun. Walaupun mendakwa tidak tahu, undang-undang tetap boleh dikenakan,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap panggilan atau mesej mencurigakan dan segera membuat semakan di portal semakmule.rmp.gov.my bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Kedua-dua suspek telah diambil keterangan, cap jari serta dokumentasi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis setelah kes dirujuk kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (KBSJK) kontinjen berkaitan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi