Dron, kapal tentera milik Israel dikesan bersiap sedia pintas misi GSF

PUTRAJAYA – Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan pihaknya mengesan dron-dron pengintip yang tidak dikenal pasti terbang pada altitud sederhana di kawasan perairan Mediterranean di mana konvoi misi kemanusian itu sedang berlayar.

GSF menerusi kenyataan di media sosial memaklumkan konvoi berkenaan sedang berada kurang 160 batu nautika (296 kilometer) dari Gaza dan akan memasuki zon berisiko tinggi, malam Rabu.

“Sedang dalam peringkat tertinggi berjaga-jaga. Aktiviti dron berhampiran flotila juga meningkat. Beberapa laporan yang menunjukkan senario berbeza dijangka berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang.

“Kami kini sedang memasuki zon berisiko tinggi, di mana ia merupakan kawasan flotila-flotila sebelum ini diserang dan/ atau dipintas. Kekal berjaga-jaga,” katanya.

Dalam pada itu, Al-Jazeera melaporkan, seorang aktivis Turki yang berlayar dalam bot Adagio memaklumkan, sebuah kapal Tentera Laut Israel turut dikesan pada jarak 80 kilometer (50 batu nautika) berhampiran GSF.

“Kami sudah menjangkakan pemintasan atau serangan Israel malam ini atau esok malam. Kemungkinan besar ia akan berlaku malam ini.

“Kami berada pada tahap berjaga-jaga penuh. Semua orang telah memakai jaket keselamatan dan menunggu dalam keadaan bersiap sedia di dek,” kata Salih dalam sebuah video di Instagram.

Flotila yang membawa bekalan makanan, ubat dan aktivis dari 44 buah negara itu bukan sahaja untuk membantu rakyat Gaza yang sedang kebuluran malah turut berhasrat memecahkan sekatan Israel.

Semalam, Ketua Pengarah Sumud Nusantara Comand Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim memaklumkan kesemua kapal sukarelawan GSF sudah memasuki Zon Kuning 2 (Yellow Zone 2) pukul 3 petang waktu Malaysia dan berada pada jarak 227 batu nautika dari persisiran Gaza.

Pihaknya menjangkakan misi Flotila akan memasuki Zon Merah dalam masa 28 jam iaitu pukul 7 malam ini

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China