DBKK, MRF perkenal bot pintar kutip sampah di perairan bandar raya

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Marine Research Foundation (MRF) memperkenalkan ‘Mobula Skimmer’ bot pintar yang direka khas untuk mengumpul dan membuang sisa plastik terapung dari perairan sekitar bandar raya di sini pada Rabu.

Menurut Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, pelancaran ini menunjukkan komitmen penglibatan agensi kerajaan dan pihak swasta dalam menangani isu pembuangan sampah.

Beliau berkata, ia menunjukkan komitmen bukan sahaja daripada agensi-agensi kerajaan tetapi daripada pihak swasta seperti Gaya Island Resort dan juga daripada badan bukan kerajaan (NGO).

“Sebab sekiranya kerajaan bersendirian, kita tidak mampu untuk menangani isu pembuangan sampah dan juga sampah-sampah yang ada di laut.

“Kita sedia maklum bahawa dari segi biodiversiti dan dari segi alam flora kita.

“Ia juga boleh menjejaskan pelancong datang ke sini.

“Kita sudah nampak dalam sosial media betapa mereka memberi komen-komen berkenaan dengan sampah terutama sekali tempat yang popular di Pantai Timur.

“Mereka mengatakan kalau sampah itu tidak diurus dengan baik mereka tidak akan datang lagi.

“Jadi, kita tak mahu itu berlaku di Kota Kinabalu,” katanya kepada media selepas ditemui di Majlis Menandatangani Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) MRF dan DBKK di Gaya Island Resort.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut berkata, Bot Mobula Skimmer satu inisiatif penting yang melambangkan visi bersama untuk mewujudkan persekitaran marin yang lebih bersih dan lestari di Kota Kinabalu.

“Seperti yang kita semua maklum, pencemaran plastik marin telah menjadi satu cabaran alam sekitar yang paling mendesak pada masa ini.

“Isu ini bukan hanya berlaku di lautan yang jauh, tetapi juga di perairan pantai dan pulau-pulau yang mengelilingi bandar kita,” katanya.

Menurutnya, sisa plastik dan bahan buangan yang terkumpul dalam sistem saliran dan akhirnya mengalir ke laut sedang merosakkan ekosistem marin, mengancam biodiversiti dan menjejaskan mata pencarian yang bergantung kepada persekitaran marin yang bersih.

Tambah Sabin, ini bukti yang jelas kesungguhan dan tekad DBKK membawa masuk teknologi pemungutan sisa canggih dari luar negara demi menangani pencemaran marin dan memelihara keindahan alam sekitar.

“Pelancaran kapal ini adalah satu inisiatif utama di bawah Projek Pembersihan Plastik Marin, satu usaha bersama antara DBKK dan MRF.

“Bersama-sama kami berhasrat untuk melaksanakan pendekatan strategik dan berasaskan sains dalam pengurusan sisa marin.

“Projek ini berasaskan pembangunan Pelan Tindakan Sampah Marin yang komprehensif, yang bukan sahaja akan merangkumi strategi pembersihan fizikal, tetapi juga pemantauan dan analisis saintifik mengenai jenis, sumber dan taburan sampah marin,” ujarnya.

Pada program tersebut, beliau juga berkesempatan melihat fungsi dan kegunaan Bot Mobula Skimmer dalam mengutip sampah di perairan laut sekitar Pulau Gaya Resort.

Sebagai rekod, bot tersebut dinamakan sempena ikan pari Mobula iaitu makhluk laut yang anggun, terkenal dengan kelincahan dan kekuatannya melambangkan komitmen untuk memulihkan dan memelihara keindahan persekitaran marin.

Hadir sama Pengasas dan Pengarah Eksekutif Marine Research Foundation, Dr Nicolas J. Pilcher; Naib Presiden Gaya Island Resort, Mr Wayne Lee; Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai dan Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Dr Firdausi Suffian.

Related Posts

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

KUANTAN – Seorang lelaki rebah dan meninggal dunia di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini ketika singgah dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya pada awal pagi tadi. Mangsa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara