DBKK lancar ‘Smart City Friends’ perkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melancarkan penjenamaan semula ‘Smart City Friends’ bagi memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG), khususnya dalam aspek komuniti sihat, bandar selamat dan pengurusan sisa yang efisien.

Menurut Datuk Bandar DBKK, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah, inisiatif ini menandakan satu langkah penting dalam pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dan bukan sekadar perubahan nama, sebaliknya simbol kepada naratif baharu yang lebih inklusif serta strategi untuk memperkukuh hubungan antara pentadbiran dan komuniti bandar raya.

“Lebih signifikan, penjenamaan semula ini menandakan kesinambungan inisiatif komuniti yang bermula sejak 24 Ogos 2002 dan pernah mencatat lebih 1,000 ahli aktif pada 2008, membuktikan semangat kesukarelawanan warga bandar raya kekal utuh.

“Seiring dengan cabaran era digital dan tuntutan pembangunan mampan, program ini kini diperluas dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan berimpak tinggi, selaras dengan visi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebagai antara bandar raya terbersih, teratur dan terindah di Malaysia,” katanya semasa Majlis Penjenamaan Semula Rakan Bandaraya sebagai Rakan Pintar Bandaraya, pada Selasa.

Sabin menjelaskan, Smart City Friends bukan lagi platform yang hanya menekankan aspek kebersihan semata-mata, sebaliknya merangkumi dimensi yang lebih luas termasuk pendidikan sivik, pengukuhan budaya lestari, pemanfaatan teknologi dan pembudayaan tanggungjawab sosial.

Katanya, inisiatif ini juga selaras dengan kerangka Pelan Transformasi Bandaraya dan aspirasi Malaysia MADANI.

“Konsep bandar raya pintar bukan semata-mata tentang teknologi dan infrastruktur canggih, tetapi yang lebih penting ialah pembudayaan nilai bersama, kerjasama merentas komuniti dan keterlibatan aktif rakyat dalam menjayakan pembangunan.

“Teknologi hanyalah alat; manusia ialah nadi kepada kemajuan sebenar sesebuah bandar,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa program ini membawa nilai tambah dalam kerangka pembangunan negeri Sabah secara keseluruhan, dengan Kota Kinabalu sebagai ibu negeri berperanan sebagai penanda aras dan rujukan utama kepada pembangunan perbandaran di seluruh negeri.

“Maka, kejayaan program ini bukan sahaja memperkukuh kredibiliti DBKK, tetapi juga memberi isyarat jelas bahawa Sabah bersedia menghadapi cabaran urbanisasi, perubahan iklim dan transformasi digital secara kolektif dan berpaksikan rakyat.

“Lebih penting lagi, ‘Smart City Friends’ memperkukuh pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan 2030, khususnya dalam aspek komuniti sihat, bandar selamat dan pengurusan sisa yang efisien,” katanya.

Sabin turut berkata bahawa program ini berpotensi memupuk budaya tidak membuang sampah, menggalakkan penguatkuasaan sukarela dan memperkukuh pengawasan komuniti.

Beliau juga menggesa agar media sosial dimanfaatkan sebagai saluran komunikasi dua hala dan kerjasama.

Tambahnya, komuniti celik teknologi, berkesedaran sivik dan matang dari segi pemikiran di Kota Kinabalu adalah aset penting dalam pembangunan bandar raya lestari.

“Justeru, institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), agensi kerajaan, sektor korporat, pertubuhan komuniti dan warga bandar raya digalakkan bersama-sama mempromosikan dan menjayakan program ini demi kemajuan dan kesejahteraan bersama,” ujarnya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang