21 hospital jayakan Program Derma Darah serentak di Sabah

KOTA KINABALU – Sebanyak 21 Hospital Kerajaan di negeri ini menjayakan Program Derma Darah secara serentak di sini pada Selasa.

Program Derma Darah ini merupakan kali kedua anjuran Bahagian Kejururawatan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dengan kerjasama Unit Kejururawatan Hospital Queen Elizabeth II dan Jabatan Perubatan Transfusi Darah Negeri Sabah.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Mariah Suleiman program ini kali pertama telah dianjurkan pada tahun 2024.

“Program tersebut mencapai kutipan 95 beg darah untuk Hospital Queen Elizabeth Il.

“Manakala, jumlah kutipan beg darah untuk semua fasiliti hospital di JKNS adalah 805 beg darah.

“Kita berharap jumlah penderma darah akan bertambah.

“Sasaran kutipan keseluruhan antara 900 hingga 1,000 beg darah pada tahun ini,” katanya semasa berucap sempena Program Derma Darah dan Sambutan Hari Jururawat Peringkat Negeri Sabah 2025 di Hospital Queen Elizabeth II, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kutipan darah di negeri ini belum mencukupi sasaran sehingga 100,000 unit beg darah setahun bagi menampung dan memastikan darah stabil.

“Kutipan darah di seluruh negeri adalah sebanyak 81,597 unit beg darah pada tahun 2024.

“Namun jumlah ini masih belum mencukupi kerana sasaran kita adalah sebanyak 100,000 unit beg darah untuk memastikan bekalan yang stabil untuk pesakit di negeri Sabah.

“Kebanyakan darah adalah dikutip menerusi kempen-kempen menderma iaitu sebanyak 68,990 (85%) unit beg darah, manakala kutipan di pusat menderma darah atau hospital adalah sebanyak 12,607 (15%) beg darah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap kesedaran menderma darah perlu seiring dengan keperluan bekalan darah berikutan jumlah pesakit talasemia yang tinggi di negeri ini.

“Sebanyak 44 peratus atau 36,252 beg darah dibekalkan kepada pesakit talasemia seluruh Sabah.

“Namun bekalan darah ini masih belum mencukupi lagi, oleh itu, marilah beramai-ramai menderma darah sekiranya kita mampu dan masih sihat,” ujarnya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy