2 anggota tentera hilang sejak Jumaat ditemukan selamat

LAHAD DATU – Dua anggota tentera yang dipercayai hilang semasa mencari hasil hutan bagi tujuan perubatan di Hutan Sri Darun, Tungku, di sini, sejak Jumaat lepas ditemukan selamat. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, semasa ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan lemah.

“Mangsa pertama dijumpa pukul 12 tengah hari manakala mangsa kedua dijumpa pukul 4 petang.

“Mereka dalam keadaan lemah semasa ditemui dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tungku untuk pemeriksaan dan rawatan,” katanya kepada media mengesahkan penemuan anggota tentera terbabit, pada Selasa. 

Menurut Jimmy, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian tamat pukul 7 malam. 

Semalam, media melaporkan empat lelaki termasuk dua anggota tentera memasuki kawasan hutan di Sri Darun bagi mencari hasil hutan, pada petang Jumaat. 

Dua lelaki selamat keluar dari hutan sementara dua lagi mangsa yang juga anggota tentera berumur 41 dan 37 tahun masih belum keluar dari hutan terbabit. 

SAR kemudian diaktifkan membabitkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi