Dataran Merdeka dijangka dipenuhi ‘lautan putih’, pelancong bukan Islam teruja sertai Karnival Sumud Nusantara

KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka bakal menjadi lautan putih solidariti terhadap Gaza apabila ribuan rakyat dijangka membanjiri ibu kota sempena Karnival Sumud Nusantara yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Ogos ini.

Program anjuran bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Cinta Gaza Malaysia (CGM) itu mendapat naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain disokong empat menteri penaung bersama termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar; Menteri Wilayah Persekutuan dan Menteri Besar Selangor.

Peserta yang hadir digalakkan berpakaian serba putih bertema Gaza sebagai simbol kesatuan hati dan tekad rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung sepanjang karnival, antaranya MAPIM VR Gaza Time Tunnel, Havoc Food Festival, forum dan pameran inspirasi, kempen Internet Selamat, persembahan artis nasyid tanah air, pertandingan nasyid, jualan Rahmah serta pertunjukan belon panas serta pelancaran Ensiklopedia Gaza 101 yang akan dirasmikan oleh Mohd Na’im, pada Sabtu.

Kemuncak program akan berlangsung pada malam Ahad, 24 Ogos menerusi Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza yang akan dimulakan dengan solat Maghrib dan solat hajat perdana berjemaah dipimpin Sheikh Abdul Karim Al-Makki, diikuti tausiah,

Majlis diteruskan dengan alunan selawat dan qasidah bersama kumpulan Majelis AzZahir sebelum disusuli Syarahan Perdana oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga penaung Sumud Nusantara.

Pada masa sama, lebih 1,000 kenderaan dari seluruh Malaysia dan lapan negara akan menyertai konvoi darat menuju ke Dataran Merdeka dengan kibaran bendera Palestin, melengkapkan panorama solidariti rakyat Nusantara.

Berdasarkan pemerhatian awal, pelancong juga turut teruja dan rata-rata mereka walaupun bukan di kalangan bukan Islam menyokong program yang dianjurkan Malaysia dalam memberi sokongan terhadap penduduk di Gaza.

Seorang pelancong bukan Islam dari China yang baru sehari tiba di Malaysia, Lim Hoi Sang, 40 melahirkan keterujaan untuk menyertai Karnival Sumud Nusantara di Dataran Merdeka pada Ahad, selepas mengetahui tentang penganjuran program solidariti bersama Gaza.

“Ini hari pertama saya di Malaysia dan tempat paling ingin saya pergi di Kuala Lumpur adalah Dataran Merdeka dan tidak menyangka percutian saya di Malaysia bertepatan dengan sebuah acara besar yang menghimpunkan rakyat berbilang kaum bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Saya ingin melihat bagaimana masyarakat Malaysia berkumpul demi Palestin. Ini sesuatu yang jarang saya saksikan di negara asal saya dan saya rasa kemungkinan besar saya akan hadir program kemuncak pada Ahad” katanya ketika ditemui di ibu negara, pada Jumaat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Datuk Dr sani Araby merangkap pengarah karnival berkata, himpunan itu adalah tepat pada masanya dan sangat memberi makna berikutan diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara.

“Kita mahu Dataran Merdeka menjadi lautan putih, sebagai simbol kesatuan rakyat Malaysia bersama perjuangan Gaza.

“Bersempena bulan kemerdekaan negara, sangatiah bererti untuk kita sebagai rakyat yang sudah merdeka menghayati keperitan dan membantu memerdekakan saudara kita di Gaza dan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis” katanya kepada TMP, pada Jumaat.

Dalam pada itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif CGM dan Ketua Pengarah Projek Sumud Nusantara, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata himpunan itu melambangkan suara rakyat Malaysia yang akan bergema di medan dunia.

“Ia juga akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh delegasi aktivis yang menyertai penghantaran bantuan melalui Global Sumud Flotilla, melibatkan 39 negara dalam cubaan aksi aman belayar ke perairan Gaza seperti yang dilakukan oleh kapal Madleen dan Handalah,” katanya.

Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga, berpakaian serba putih dengan membawa sejadah, payung serta menggunakan pengangkutan awam bagi memudahkan kelancaran perhimpunan.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi