Caj kesesakan KL beri impak positif kepada ekonomi negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak menolak kemungkinan sekiranya caj diperkenalkan bagi menangani isu kesesakan lalu lintas di ibu kota, akan memberi impak kepada sektor ekonomi dalam masa dua hingga tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, situasi itu bagaimanapun tidak akan memberi kesan bagi jangka masa panjang.

Menurutnya, ramalan itu berdasarkan penelitian yang dilaksana kerajaan terhadap ekonomi negara lain yang sudah melaksanakan dasar itu kepada rakyat.

“Saya difahamkan, kesan kepada ekonomi selepas caj kesesakan dilaksanakan (melihat kepada) negara lain, memang ada sedikit daripada sudut ekonomi dalam masa dua hingga tiga tahun. Selepas itu akan kembali pulih seperti diharapkan selain pelaksanaanya

“Pada masa sama, pelaksanaan caj ini juga ada kesan positif terutama dari segi ekonomi bagi peniaga kecil.

“Kajian antarabangsa yang dibuat menunjukkan pengurangan kesesakan beri manfaat jangka panjang dapat tingkatkan kebolehcapaian kawasan perniagaan, selain galak aktiviti berjalan kaki juga (galakkan) pengguna pengangkutan awam untuk berkunjung ke kawasan komersial,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh yang ingin tahu apakah impak ekonomi khususnya kepada peniaga kecil sekiranya caj kesesakan dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha menegaskan, kerajaan turut mempertimbangkan supaya pengecualian bagi caj kesesakan di ibu kota diberikan membabitkan sektor tertentu.

Menurut beliau, pihaknya akan meneruskan beberapa sesi libat urus bersama wakil industri termasuk golongan peniaga dan pihak berkepentingan lain untuk mendapatkan pandangan serta merangka pelaksanaan lebih adil, saksama dan berkesan kepada semua.

“(Misalnya) bagi sektor logistik dan penghantaran, kita boleh pertimbangkan beberapa perkara. Antaranya mungkin zon pengecualian bagi waktu tertentu antaranya kenderaan logistik tidak dikenakan caj di luar waktu puncak.

“Selain itu, kenderaan seperti e-hailing, teksi atau kenderaan persendirian oleh pemilik bangunan atau penginap hotel juga diberikan diskaun atau insentif tertentu seperti pengecualian dari caj keesakan.

“Begitu juga bagi sektor pelancongan, bas dan van pelancong juga mungkin boleh diberi pertimbangan untuk diskaun dan pengecualian,” katanya.

Related Posts

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencadangkan supaya sesi taklimat media secara berkala diadakan berhubung pelaporan isu penyelesaian sempadan darat sektor Sabah-Kalimantan Utara (KALTARA) bagi mengelakkan salah faham…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

KUALA LUMPUR – Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) masih meneruskan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan sebelum pelaksanaan had umur 16 tahun bagi pembukaan akaun media…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎