Cadang kementerian, jabatan dan agensi kerajaan main lagu Negaraku seminggu sekali

PUTRAJAYA – Semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dicadang memainkan lagu Negaraku seminggu sekali bagi menerap semangat patriotisme dalam kalangan penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, beliau sudah meminta Kementerian Perpaduan Negara memperincikan cadangan itu supaya satu pekeliling dapat dikeluarkan kepada penjawat awam.

“Penerapan patriotisme dalam kalangan penjawat awam boleh dilakukan dengan melaksanakan program dan aktiviti berbentuk patriotik, antaranya seperti memainkan lagu Negaraku seminggu sekali di semua kementerian, jabatan dan agensi.

“Lagi kerap lagi bagus dan saya minta Kementerian Perpaduan Negara dapat perincikan lagi perkara ini supaya satu pekeliling mengenai Pembudayaan Amalan Patriotisme penjawat awam dapat dikeluarkan segera,” katanya ketika berucap pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN 2024 di sini, hari ini.

Shamsul Azri berkata, cadangan itu antara lima strategi melalui Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) Penghayatan Nilai dan Tatakelola di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

Katanya, strategi lain ialah meningkatkan penghayatan Malaysia MADANI menerusi Modul Latihan Malaysia MADANI yang digerakkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).

“Strategi kedua ialah memastikan perbelanjaan wang awam secara berhemah.

“Untuk ini, pengawalan sumber melalui amalan penjimatan dan larangan pembaziran perlu dilakukan.

“Justeru, satu pekeliling berkenaan dengan perkara ini perlu diwujudkan dengan mengambil kira elemen pemantauan dan pengiktirafan kepada kementerian yang dapat membuat penjimatan yang ketara,” katanya.

Beliau berkata, strategi seterusnya ialah memantapkan integriti dan akauntabiliti penjawat awam.

“Untuk ini, Petunjuk Prestasi Utama atau KPI melalui sistem MyPerformance perlu dimantapkan serta Sistem Demerit Performance Evaluation atau DEEP bagi Ketua Jabatan perlu diteruskan pelaksanaannya oleh JPA, dengan elemen baharu bagi kegagalan melaporkan kes rasuah perlu diberi penekanan.

“Strategi terakhir ialah memperkukuhkan budaya hijau dan kelestarian sumber dan dalam hal ini, saya minta Dasar Teknologi Hijau Negara (National Green Technology Policy, NGTP), Dasar Perolehan Hijau Kerajaan (Government Green Procurement, GGP), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dan dasar-dasar hijau yang lain terus diperkasakan,” katanya.

Related Posts

284 jemaah haji pertama berlepas, musim haji 1447H bermula

SEPANG – Seramai 284 jemaah haji Malaysia memulakan perjalanan ke Tanah Suci awal pagi ini, sekali gus menandakan pembukaan rasmi musim haji 1447H/2026M. Kumpulan pertama itu berlepas dari Terminal 1…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM