PETRA lulus 40 projek nilai RM5.9 bilion untuk Pahang

KUANTAN – Kerajaan Persekutuan meluluskan 40 projek di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Pahang dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan kos keseluruhan RM5.9 billion.

Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kelulusan itu membabitkan 28 projek sambungan dan 12 projek baharu merangkumi projek tebatan banjir, pemuliharaan sungai dan pantai, bekalan air serta perkhidmatan pembetungan.

Menurutnya, terdapat 25 projek sedang dilaksanakan di seluruh Pahang terdiri 13 projek sambungan dan 12 projek baharu dengan kos RM4.104 billion yang akan disiapkan secara berperingkat.

“Kerajaan negeri Pahang juga menerima penyerahan tiga projek siap yang dilaksanakan PETRA melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bernilai RM155.48 juta.

“Projek diserahkan itu melibatkan dua projek tebatan banjir dan satu projek hakisan pantai termasuk Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Kuantan Fasa II; Pakej 1, projek menaik taraf Sungai Belat dan membina struktur pencegah banjir serta kerja-kerja berkaitan bernilai RM108.96 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Projek Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Pahang di sini, hari ini.

Majlis penyerahan tiga projek siap di bawah PETRA itu turut disaksikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Ir Razali Kassim; wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Related Posts

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

TANGKAK – Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan tegas di pentas antarabangsa apabila menyatakan kesediaan untuk menerajui pelaksanaan Protokol Sumud, satu inisiatif global yang bertujuan menyelaras bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa

CYBERJAYA – Terdapat keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa selain kerangka lebih menyeluruh termasuk akta khusus diwujudkan bagi menangani cabaran sektor berkenaan yang semakin kompleks. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI