Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi Marriott

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat Pengerusi Marriott International, David Marriott, yang mewakili sebuah syarikat hospitaliti terbesar di dunia.

Perdana Menteri berkata, peluang itu digunakan bagi mencari ruang mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan, selain meningkatkan jaringan penerbangan lebih luas lagi.

“Saya sempat berkongsikan polisi Kerajaan MADANI yang kini telah membuahkan hasil apabila negara berjaya merekodkan peningkatan jumlah kehadiran pelancong asing sebanyak 28.9 peratus untuk separuh tahun 2024 berbanding tempoh sama tahun 2023.

“Ini ditambah dengan kekayaan Malaysia dengan budaya kepelbagaian kaum, makanan enak serta keunikan biodiversiti.

“Ia mampu mengangkat negara ini sebagai satu destinasi tumpuan utama dalam rantau Asia Tenggara khususnya dari kalangan pelancong negara barat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata adalah penting usaha itu turut disertai pemain industri dan syarikat swasta dari dalam dan luar negara supaya pulangan daripada kejayaan tersebut dapat turut memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Related Posts

Bas IPT, sekolah asrama perlu patuh pemakaian tali pinggang keledar

KUANTAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperluaskan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar kepada bas milik institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah berasrama penuh (SBP). Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat kawasan rekod IPU tidak sihat

PUTRAJAYA – Empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pagi tadi. Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET