Bursa Malaysia perkenal subsektor TBB

PUTRAJAYA – Bursa Malaysia Bhd mewujudkan subsektor ‘tenaga boleh baharu’ (TBB) di bawah sektor tenaga dan utiliti.

Langkah ini bertujuan memberi tumpuan kepada syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam sektor tersebut.

Subsektor TBB merangkumi PLC yang terlibat dalam penyediaan peralatan dan perkhidmatan untuk pengeluaran TBB, serta pengeluaran dan pengagihan tenaga elektrik menerusi sumber TBB.

Berkuat kuasa 9 pagi semalam, Bursa Malaysia Securities Bhd mengemas kini klasifikasi sektor dan subsektor 13 PLC dikenal pasti beroperasi dalam ruang TBB.

Nombor saham dan nama singkatan saham bagi sekuriti terlibat kekal tidak berubah.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, pengenalan klasifikasi subsektor TBB menunjukkan komitmen Bursa Malaysia dalam memenuhi minat pelabur semakin meningkat terhadap syarikat dan penyedia mesra alam.

“Inisiatif ini menunjukkan sokongan proaktif bursa terhadap industri TBB yang sedang pesat membangun dan memainkan peranan penting dalam membentuk Malaysia yang lebih hijau dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Penambahan ini akan meningkatkan daya tarikan pasaran kepada pelabur yang lebih luas, seiring dengan misi Bursa Malaysia untuk mencipta peluang dan meningkatkan nilai.

“Kami komited untuk meningkatkan daya tarikan pasaran modal kepada pelabur,” tambahnya.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Agro Makanan SEJATI MADANI berpotensi jadi pemacu ekonomi setempat

SEKIJANG – Usaha memperkukuh ekonomi rakyat melalui sektor agro makanan terus diperkasa apabila Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengadakan lawatan ke Projek Agro Makanan SEJATI MADANI di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu