Sarawak berhasrat peneraju utama pengeluar metanol hijau

KUCHING – Sarawak berhasrat mahu menjadi peneraju utama sebagai pengeluar metanol hijau sekali gus negeri yang menunjukkan komited mengurangkan pelepasan karbon.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak Petchem bakal melancarkan projek kedua iaitu metanol hijau sejajar usaha Sarawak menuju ke arah tenaga hijau.

“Pengeluaran metanol hijau oleh Sarawak mampu menjadi tenaga untuk kapal,” jelas beliau.

Ujar beliau, inisiatif tersebut menjadikan Sarawak sebagai negeri yang komited ke arah tenaga hijau.

Beliau berkata demikian ketika sidang media semasa Majlis Pecah Tanah Loji Metanol Hijau dan ‘Sail Away of Sarawak Petchem’s Methanol Export Cargo’ di Petchem Sarawak pada Selasa.

Sementara itu, Abang Johari berkata, komitmen Sarawak menuju ke arah tenaga hijau sekali gus memartabatkan Malaysia kepada peralihan tenaga hijau.

“Sarawak kini memainkan peranan penting dalam usaha membantu Malaysia dari segi tenaga hijau,” ujar beliau.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

KUANTAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Mohd Sharim Md Zain mencadangkan beberapa inisiatif bagi mengembalikan tarikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi di Pahang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam