BUDI95: JPJ buka kaunter hujung minggu perbaharui lesen mulai 27 Sept

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melanjutkan waktu pengoperasian kaunter lesen memandu dan kaunter pelbagai pada hujung minggu yang mula berkuat kuasa pada Sabtu ini sehingga 26 Oktober di semua pejabat negeri serta cawangan di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, langkah proaktif yang akan dimulakan dari jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang itu dilaksanakan oleh pihaknya bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu.

Menurut beliau, inisiatif terbabit selaras dengan pelaksanaan program subsidi bahan api menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“JPJ bersiap siaga dan bersedia untuk menambah waktu pengoperasian Kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai pada hari Jumaat dan Sabtu (di Kelantan, Terengganu, Kedah) serta hari Sabtu dan Ahad (di negeri lain).

“Dengan lanjutan waktu ini akan dapat menggalakkan lebih ramai pemandu untuk memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh sekali gus memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.

“Langkah ini bagi memberikan lebih ruang dan fleksibiliti kepada orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai kekangan masa pada hari bekerja untuk membaharui lesen memandu,” katanya menerusi kenyataan, pada Isnin.

Berdasarkan data JPJ, Aedy Fadly berkata, terdapat sejumlah 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) berada dalam status tidak aktif, iaitu telah tamat tempoh melebihi tiga tahun manakala sejumlah 15.2 juta merupakan pemegang lesen CDL aktif, iaitu masih berkuat kuasa.

“Angka ini amat membimbangkan, jadi tindakan proaktif ini penting untuk menangani isu tersebut. JPJ mengingatkan bahawa pemegang lesen memandu telah tamat tempoh melebihi tiga tahun, mereka diwajibkan menduduki semula ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 di institut memandu untuk mengaktifkan semula lesen memandu.

“Bagi pemegang lesen memandu yang tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun, Aedy Fadly berkata, mereka diseru untuk segera memperbaharu lesen melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau kios, tanpa perlu hadir ke kaunter secara bersemuka.

“Dengan pelaksanaan inisiatif ini, JPJ yakin dapat membantu rakyat memanfaatkan inisiatif yang diumumkan kerajaan dengan lebih menyeluruh, di samping meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya melalui penguatkuasaan lesen memandu yang sah,” katanya.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan untuk Kelantan daripada RM3 bilion kepada RM8 bilion sebagai bukti keprihatinan terhadap pembangunan negeri itu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM