Bomba Sabah siap sedia hadapi musim tengkujuh, Monsun Timur Laut

KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah bersiap siaga menghadapi musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut  yang dijangka sehingga Mac tahun depan.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, persiapan itu merangkumi jumlah kekuatan anggota bomba seramai 1,340 termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dan sukarelawan untuk digerakkan di 799 kawasan hotspot bersama-sama dengan persediaan aset dan logistik.

“Berbeza dengan Kelantan, Sabah jika satu hari banjir, esok lusa air akan mula surut.

“MTL baru-baru ini adalah pusingan yang pertama akan ada yang kedua dan seterusnya, jadi kekuatan anggota kita juga ramai di sini.

“Kita ada aset dan logistik bagi keperluan persediaan antaranya 47 ‘Fire Rescue Tender’ (FRT), 69 bot, 51 pacuan empat roda, 17 kenderaan angkut lima dan tiga tan, 61 peralatan khas serta 693 jaket keselamatan,” katanya.

Zainal berkata demikian ketika ditemui media semasa Majlis Terima Tugas Pengarah JBPM Sabah di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Tambahnya, apabila banjir cuti semua anggota juga dibekukan bagi melancarkan pertugasan di lapangan.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti keperluan atau penambahan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) di negeri ini dalam usaha mencapai masa respons ke lokasi kejadian dengan pantas.

Menurutnya, sebanyak 27 balai bomba sedia ada dan akan ditambah bagi meningkatkan kekuatan JBPM Sabah.

Tambah beliau di Merotai dan Pitas bakal ada dua balai baharu yang dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun depan.

“Ini antara sasaran kita untuk negeri Sabah, penambahan balai dilakukan bagi memendekkan jarak dan waktu tindak balas kita ke lokasi.

“Kita tengok juga di kawasan-kawasan tertentu di negeri Sabah. Kita cadang tanah yang sesuai, jarak yang jauh kita akan buat balai di situ,” ujarnya.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan