Bilangan warden UPNM ditambah bendung insiden buli

KEMENTERIAN Pertahanan (MINDEF) telah mengambil langkah pro aktif dengan menambah bilangan warden dalam usaha membendung kejadian buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata, MINDEF mengambil serius insiden buli dan tidak pernah berkompromi dengan sebarang kegiatan seumpama itu, apatah lagi berlaku di pusat pengajian tinggi di bawah kelolaannya.

“Aspek undang-undang dan pentadbiran kita berikan perhatian. Kita serahkan perkara yang berlaku kepada pihak polis untuk siasatan lanjut dari sudut undang-undang.

“Dari aspek pentadbiran, kita meningkatkan bilangan warden supaya dapat santuni dan melihat lebih ramai pelajar sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Program Veteran Desa Madani (VDM) di Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, Tanah Merah, Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut Adly berkata, bilangan warden telah ditambah sejak insiden pertama buli yang membawa maut pelajar UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017.

Minggu ini, negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden buli yang berlaku di UPNM melibatkan seorang pelajar senior universiti itu, namun telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu dengan menggunakan seterika wap panas bulan lalu.

Tertuduh, Amirul Iskandar Norhanizan, 22, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap yang panas.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat