Bencana Israel, rakyat Malaysia zahir rasa ‘sedih’

KITA digemparkan dengan berita kebakaran hutan yang melanda Israel yang banyak dikongsikan di semua platform media sosial.

Mengikut fitrah manusia dan khususnya rakyat Malaysia yang akan mendoakan dan menghulurkan bantuan jika terdapat mana-mana bencana yang melanda sesebuah negara, kali ini tidak berbuat demikian.

Menurut komentar pada hantaran di media sosial di mana menyaksikan api marak yang menyelubungi kawasan tengah Israel memberikan reaksi ‘sedih dan berdukacita’ di atas bencana yang melanda.

“Sedihnya. Marilah berdoa semoga api itu tidak akan terpadam.

“Kesian, saya turut bersukacita, Ya Allah kasihanilah insan yang tidak berdosa, selamatkanlah haiwan-haiwan di sana daripada kebakaran,” memetik komentar dari warga net.

Kebakaran besar yang melanda kawasan tengah Israel sejak Rabu lalu kini berjaya dikawal dan sebahagian besarnya telah dipadamkan, menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Bomba dan Penyelamat negara itu.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu turut mengisytiharkan keadaan tersebut sebagai darurat negara.

Lebih 150 pasukan penyelamat telah dikerahkan bagi memadam kebakaran yang telah memusnahkan kira-kira 20 kilometer persegi (7.7 batu persegi) tanah di kawasan Latrun, yang terletak antara Jerusalem dan Tel Aviv.

Bencana itu tidak habis di situ, kejadian ribut pasir mula melanda Israel yang telah mengurangkan jarak penglihatan di bahagian selatan yang menyebabkan kebakaran hutan di tengah-tengah Israel itu semakin marak.

Rakaman di media sosial menunjukan ribut pasir gergasi menyelubungi padang pasir tersebut.

Pada Khamis pula, Menteri Pertahanan Israel Katz mengisytiharkan darurat di seluruh negara.

Kebakaran itu memaksa pembatalan sebahagian besar acara rasmi sempena sambutan Hari Kemerdekaan Israel pada hari Khamis bertepatan dengan peringatan Nakba iaitu pemindahan besar-besaran rakyat Palestin selain penguatkuasaan larangan seluruh negara terhadap aktiviti membakar api untuk barbeku.

Pihak berkuasa penyelamat Israel telah memindahkan penduduk dari beberapa bandar di kawasan tengah negara itu minggu lalu berikutan kebakaran hutan besar yang tercetus akibat suhu tinggi dan tiupan angin kencang, yang menghanguskan sekitar 2,500 ekar kawasan serta mencederakan sembilan orang.

Related Posts

Penggodam dari ‘China’ aktif lancar serangan siber

LONDON – Agensi keselamatan siber antarabangsa menggesa semua pihak memperkukuh pertahanan terhadap rangkaian sulit yang digunakan penggodam berkait dengan China untuk menyembunyikan aktiviti siber berniat jahat. Perkara itu didedahkan Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎