Perkhidmatan feri KK-Labuan beroperasi semula, tingkat ekonomi, mobiliti rakyat

КОТА KINABALU – Perkhidmatan feri penumpang antara Kota Kinabalu dan Wilayah Persekutuan Labuan kini kembali beroperasi selepas beberapa tahun terhenti, sekali gus memperkukuh jaringan pengangkutan laut dan membuka semula laluan penting kepada mobiliti rakyat serta perkembangan ekonomi rentas wilayah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengoperasian semula laluan ini bukan hanya satu langkah logistik, tetapi juga isyarat jelas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat di Sabah dan Labuan.

“Perkhidmatan ini amat penting kepada rakyat.

“la bukan sekadar laluan perhubungan, tetapi penghubung kekeluargaan, pendidikan, pelancongan dan perniagaan yang telah terjalin sejak sekian lama,” katanya pada Majlis Pelancaran Jeti dan Perasmian Feri Penumpang Kota Kinabalu-Labuan di Pelabuhan Kota Kinabalu pada Selasa.

Jelasnya, pembukaan semula pelabuhan ini turut meningkatkan mobiliti rakyat memandangkan ramai rakyat Sabah bekerja dan menetap di Labuan dan begitu juga sebaliknya.

“Pengoperasian semula perkhidmatan ini, rakyat kini mempunyai lebih banyak pilihan pengangkutan sama ada menggunakan laluan udara, jalan darat ke Menumbok atau terus melalui feri ekspres dari Kota Kinabalu ke Labuan seperti sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan feri ini dijangka turut memberi impak positif terhadap sektor pelancongan negeri, terutama menjelang Tahun Melawat Sabah 2026.

“la juga membuka peluang baharu dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara Sabah dan Labuan.

“Hubungan antara Sabah dan Labuan tidak hanya terbatas kepada aspek geografi, tetapi turut mencakupi sejarah, budaya dan hubungan sosial yang mendalam, menjadikan laluan ini sangat signifikan kepada rakyat kedua-dua wilayah,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Hajiji berkata gangguan perkhidmatan yang berlaku sebelum ini disebabkan beberapa faktor seperti struktur jeti yang tidak selamat, penarikan subsidi minyak kepada pengusaha serta kesan pandemik COVID-19, yang mengganggu kesinambungan mobiliti rakyat.

Katanya, Kementerian Wilayah Persekutuan telah memperuntukkan RM1.3 juta bagi kerja penambahbaikan sebagai langkah penyelesaian segera dengan pemindahan terminal feri
dari Jesselton Point ke Pelabuhan Kota Kinabalu yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Pelabuhan Kota Kinabalu.

Justeru itu, Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir akibat kekangan logistik dan pembangunan infrastruktur akan terus dipacu demi kemajuan inklusif.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda