
Oleh: Hidayatun Nufus (Pelatih UPM)
SARAWAK memperuntukkan RM15.8 bilion dalam Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam (11 November 2024).
Pengenalan
- Dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5.9 bilion kepada Sarawak, menjadikannya antara penerima terbesar selepas Sabah yang menerima RM6.7 bilion. Tambahan pula, kerajaan merancang untuk menggandakan Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah kepada RM600 juta, meningkat dari RM300 juta pada tahun sebelumnya.
- Belanjawan Sarawak 2025 mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan Malaysia terhadap pembangunan pesat negeri itu, dengan peruntukan kewangan khas bagi memperkasakan infrastruktur dan prasarana Sarawak pada tahun 2025.
- Peruntukan yang diperoleh akan disalurkan ke arah projek penting seperti Lebuhraya Pan Borneo, yang dijangka siap pada November 2024, pembesaran Lapangan Terbang Miri dengan kos RM253 juta, serta pembinaan Pusat Kanser Sarawak bernilai RM1 bilion.
- Belanjawan ini menegaskan tekad kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat Sarawak terus terbela.
Tema Belanjawan Sarawak 2025
- Tema Belanjawan Sarawak 2025: ‘Bersama Membina Masa depan yang Makmur’ (Together Building A Prosperous Future).
Lapan Teras Strategik
- Belanjawan Sarawak 2025 disusun berlandaskan lapan teras strategik berikut:
Tiga Fokus Utama
Belanjawan Sarawak 2025 menggariskan tiga fokus utama yang menjadi tonggak masa depan negeri:
- Pembangunan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi
- Dengan menumpukan pelaburan kepada pendidikan, Sarawak beraspirasi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing, yang bakal menjadi pemangkin kepada inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.
- Kualiti Hidup yang Lebih Baik
- Inisiatif kesihatan dan kebajikan sosial diperkuatkan bagi memastikan rakyat memiliki akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan bantuan sosial, khususnya untuk golongan rentan.
- Infrastruktur Mapan dan Moden
- Pelaburan besar dalam infrastruktur moden berperanan penting dalam meningkatkan konektiviti, menambah baik kecekapan negeri, menarik pelaburan, serta mendiversifikasikan ekonomi Sarawak.
Ringkasan Belanjawan Sarawak 2025
Sebanyak RM15.8 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan Sarawak 2025, dengan pecahan RM4.9 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM10.9 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, sebagai usaha memperkukuh kemakmuran dan daya saing Sarawak dalam jangka masa panjang.
INISIATIF UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT
- Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)
– Jumlah peruntukan RM450 juta kepada individu yang layak akan diterima bantuan RM250-RM800 sebulan.
– Yang pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM800.
– Warga emas yang tiada pasangan atau tiada anak dengan pendapatan RM5,000 atau ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM400.
– Individu yang tidak berkahwin (bujang) yang berpendapatan sebanyak RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM250. - Kesejahteraan Usahawan Mikro
– RM2.5 juta diperuntukkan untuk latihan, bantuan modal, dan akses pasaran kepada usahawan mikro dari kumpulan B40, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, dan balu. - Program Peningkatan Pendapatan Isi Rumah Berpendapatan Rendah
– Sebanyak RM3.75 juta diperuntukkan untuk membantu 750 keluarga memulakan perniagaan kecil. - Manfaat Kesihatan Warga Emas
Bantuan perubatan tunai bernilai RM500 kepada 100,000 warga emas untuk membayar bill perubatan mereka di klinik panel yang diluluskan.
Bantuan ini layak untuk individu dalam kategori M40 dan B40, di mana kebanyakan adalah pesara atau tidak ada pendapatan yang stabil. - Bantuan Kewangan Pelajar
– Wang Saku: Pelajar Sarawak di IPT di seluruh negara akan terima RM1,200 (keluarga berpendapatan rendah).
– Baucar buku RM500 dan komputer riba percuma (keluarga berpendapatan rendah).
– Diskaun bayaran balik pinjaman 30% PTPTN (graduan Sarawak): RM15 juta.
– SeDidik dan Tadika/Taska – Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk pendidikan awal kanak-kanak, selain subsidi yuran Tadika dan Taska sebanyak RM2.5 juta. - Geran Operasi untuk Universiti dan Kolej
– Universiti Teknologi Sarawak (RM35 juta), Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (RM30 juta), i-CATS University College (RM30 juta), dan Kolej Laila Taib (RM5.5 juta).
PERUNTUKAN LAIN
- Pembangunan Pelabuhan, Keselamatan Navigasi dan Projek Sungai: RM125 juta.
- Pembangunan Projek Baharu dan Sambungan Projek Melibatkan Bekalan Elektrik di Sarawak: RM56 juta.
- Pembangunan Kawasan Luar Bandar: RM6.8 bilion.
- Memperluas Liputan Bekalan Air Bersih dan Dirawat: RM352 juta.
- Program Latihan dan Pembangunan Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS): RM18.5 juta.
- Skim Perumahan Utama: RM3.55 bilion.
- Siri inisiatif yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan penjawat awam: RM1.8 juta.
- Projek Bekalan Air: RM352 juta.
- Projek Jalanraya dan Jambatan: RM1 bilion.
DANA ALTERNATIF
- Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar: RM150 juta.
- Projek Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF): RM20 juta.
- Projek Bekalan Air: RM452 juta.
- Projek Infrastruktur Semasa dan Baharu: RM4 bilion.
Rujukan: https://www.facebook.com/tvsarawak
Maklumat Lanjut
- Kesimpulannya, Belanjawan Sarawak 2025 merupakan bajet terbesar dalam sejarah negeri ini, menandakan kejayaan strategi penstrukturan semula pendapatan serta pengurusan kewangan yang berhemat. Ini juga menggambarkan komitmen kerajaan untuk membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih mapan dan makmur.
- Untuk maklumat terkini tentang Belanjawan Sarawak 2025, anda boleh merujuk pautan berikut:
- Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) : https://www.facebook.com/unitkomunikasidanpenerangansarawak
- TVS :
https://www.facebook.com/tvsarawak








