Masih guna kenderaan NGV? Jom beralih kepada petrol, diesel

KENDERAAN NGV (Natural Gas Vehicle) atau kenderaan yang menggunakan gas asli sebagai bahan bakar utama pernah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia suatu ketika dahulu disebabkan oleh kos bahan api yang lebih murah dan menguntungkan sektor pengangkutan awam seperti teksi dan bas.

Namun disebabkan oleh permintaan terhadap bahan api NGV yang semakin menyusut, kos pemasangan tong NGV yang agak tinggi disusuli pula dengan risiko letupan serta kebakaran kepada kenderaan dan stesen pam bahan api tersebut, kerajaan memutuskan supaya tiada lagi kenderaan NGV di atas jalan raya bermula Julai 2025.

Oleh itu, bagi membantu pemilik kenderaan yang menggunakan gas asli (NGV) beralih kepada bahan api alternatif, kerajaan telah melancarkan inisiatif Program Bantuan Peralihan NGV yang dilaksanakan oleh Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV).

Inisiatif ini diperkenalkan berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan pendaftaran atau pelesenan kenderaan NGV di Malaysia mulai 1 Julai 2025.

Apakah ia Program Peralihan NGV?

Program ini bertujuan untuk menyokong keputusan kerajaan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan orang ramai daripada penggunaan kenderaan NGV yang tidak memenuhi piawaian keselamatan semasa.

Petronas NGV Sdn Bhd prihatin terhadap impak peralihan ini kepada pengguna, dan oleh itu, pakej bantuan ini disediakan untuk membantu meringankan beban kepada tiga kumpulan sasar yang layak.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat mulai 4 November 2024. Semakan kelayakan dan permohonan boleh dilakukan melalui laman web www.peralihanngv.com mengikut pakej bantuan yang ingin dipohon.

Pakej Bantuan

Terdapat tiga pakej bantuan yang ditawarkan iaitu:

  • Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV
    Pakej bantuan peralihan ini adalah khusus untuk pemandu teksi yang layak merangkumi pemberian e-baucar Setel bernilai RM3,000 secara one-off yang akan dikreditkan melalui aplikasi Setel.​

1.1 Tarikh tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2024.

1.2 Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan pakej bantuan peralihan ini adalah seperti berikut:

  • Pemandu teksi NGV yang masih aktif
  • Pemegang Kad Pemandu teksi yang sah​ & Pemegang Permit Kenderaan yang sah (Seperti yang direkodkan dalam data APAD dari 1 Januari 2024 sehingga 30 September 2024)
  • Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024

1.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon

Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligible)

  • Masukkan nombor kad pengenalan untuk menyemak kelayakan

Langkah 2: Mohon

  • Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Kad Pemandu
  3. Salinan Permit Kenderaan
  • Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.​

Langkah 3: Terima Bayaran​

  • Muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima pembayaran dalam tempoh 15 ke 30 hari bekerja melalui e-baucar Setel.

1.4 Panduan permohonan Pakej Bantuan Peralihan kepada Pemandu Teksi NGV

  1. Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 1.
  2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
  3. Status permohonan anda akan dihantar melalui e-mel.
  4. Anda akan menerima e-mel pengesahan berkenaan status kelayakan. Sekiranya permohonan anda berjaya, sila muat turun aplikasi Setel dan lakukan pengesahan identiti untuk menerima e-baucar bantuan.

1.5 Cara Semak Status Permohonan

  1. Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligible, dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah.
  2. Masukkan no kad pengenalan anda, dan klik SEMAK.

  • Pakej Bantuan Peralihan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV
    Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan dwi-bahan api NGV (dual-fuel) yang layak untuk menanggalkan kit NGV secara percuma di Rakan Bengkel yang terpilih. Ini bagi memastikan kenderaan anda mematuhi tahap kualiti dan keselamatan yang ditetapkan.

2.1 Tarikh tutup permohonan

Permohonan perlu dibuat sebelum 30 April 2025

2.2 Syarat Kelayakan Penerimaan Pakej Bantuan

  • Kenderaan dwi-bahan api (NGV/petrol/diesel) yang masih aktif
  • Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) (Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024)
  • Hantar permohonan sebelum 30 April 2025

2.3 Langkah-Langkah Permohonan bagi Kenderaan Dwi-bahan Api NGV

Langkah Pertama: Semak Kelayakan. (Layari: https://www.pomen.peralihanngv.com/ )

Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:

  • Nama Penuh
  • Nombor Telefon
  • Alamat E-mel
  • Nombor Pendaftaran Kenderaan
  • Nombor Casis

Langkah Kedua: Tempah Janji Temu

  • Anda akan menerima e-mel, sila tekan pautan yang tertera. Untuk membuat janji temu, isikan borang tempahan dengan butiran di bawah:
  1. Tetapkan lokasi pilihan
  2. Tetapkan tarikh dan masa pilihan
  3. Muat naik salinan Sijil Pemilikan Kenderaan atau cover-note insurans.
  4. Muat naik gambar terkini kenderaan.
  5. Anda akan menerima pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu melalui e-mel.

Langkah Ketiga: Menanggalkan Kit NGV

  • Sila bawa kenderaan anda ke bengkel yang telah ditetapkan seperti di Slip Janji Temu. Sila ambil maklum maklumat dibawah sebelum janji temu:
  1. Pastikan paras gas NGV kenderaan rendah (penunjuk berwarna merah atau tekanan di bawah 500 psi).
  2. Proses menanggalkan kit NGV mengambil masa kira-kira 4 jam. Anda diminta mengambil semula kenderaan pada hari yang sama.
  3. Anda akan menerima Tiket Penyelesaian Kerja (JCT) melalui e-mel setelah selesai.
  4. Jaminan selama 3 bulan akan diberikan bermula dari tarikh kit NGV ditanggalkan.

2.4 Panduan Permohonan untuk Menyemak Kelayakkan dan Tempah Janji Temu

  1. Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 2.
  2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
  1. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel. Jika anda layak, sila klik butang Borang Tempahan.
  2. Isi borang tersebut dan buat tempahan janji temu selepas mengklik butang tersebut.
  3. Pengesahan janji temu dan Slip Janji Temu akan dihantar melalui emel. Pemohon yang telah memperoleh janji temu perlu ke langkah seterusnya seperti dinyatakan di emel tersebut.

  • Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV
    Pakej Bantuan Peralihan ini adalah khas untuk pemilik kenderaan bahan api tunggal NGV yang layak untuk menerima pembayaran secara one-off.

3.1 Tarikh tutup permohonan

Permohonan perlu dibuat sebelum 31 Disember 2024.

3.2 Syarat Kelayakan

Syarat-syarat bagi memenuhi kelayakan penerimaan tawaran Pakej Bantuan Peralihan ini adalah seperti berikut:

  • Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV yang masih aktif
  • Memiliki Lesen Kenderaan Motor (Road Tax) – Seperti yang direkodkan dalam data JPJ dari 1 Oktober 2021 sehingga 30 September 2024
  • Membuat pembatalan pendaftaran JPJ dan melupuskan kenderaan melalui wakil berdaftar Authorised Automotive Treatment Facility (AATF)
  • Hantar permohonan sebelum 31 Disember 2024

3.3 Langkah-Langkah Untuk Memohon​

Langkah 1: Semak Kelayakan (Layari: https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel)

  • Masukkan maklumat di bawah untuk menyemak kelayakan:
  1. Nombor Pendaftaran Kenderaan
  2. Nombor Casis Kenderaan

Langkah 2: Mohon

  • Isi borang beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan:
  1. Salinan pendaftaran syarikat (SSM)/Kad Pengenalan (IC)
  2. Gambar kenderaan yang mengandungi jenama dan nombor pendaftaran yang jelas​
  3. Salinan Lesen Kenderaan Motor (Roadtax)
  4. Salinan Sijil Milikan Kenderaan (Geran)
  5. Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel yang didaftar semasa permohonan.

Langkah 3: Penilaian Kenderaan

  • Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.

Langkah 4: Terima Bayaran​

  • Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan dalam tempoh 3 ke 7 hari berkerja selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.​

3.4 Panduan Permohonan Pakej Bantuan Peralihan Bagi Kenderaan Bahan Api Tunggal NGV

  1. Layari laman web www.peralihanngv.com dan klik pada Pakej 3.
  2. Sila semak kelayakan anda dengan melengkapkan borang yang disediakan.
  3. Status kelayakan akan dihantar melalui e-mel.
  4. Anda akan dihubungi oleh wakil penilai bebas untuk membuat janji temu bagi menilai kenderaan anda.
  5. Pembayaran ke akaun anda akan dilakukan selepas penyerahan Certificate of Destruction (COD) dan slip pembatalan pendaftaran kenderaan (borang K1d) oleh wakil AATF.


3.5 Cara Semak Status Permohonan

  • Untuk menyemak status permohonan yang telah dihantar, sila layari https://www.peralihanngv.com/CheckEligibleMonofuel, dan skrol ke bahagian bawah sehingga jumpa bahagian seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah.
  • Masukkan nombor pendaftaran kenderaan dan nombor casis, klik SEMAK.

Maklumat Lanjut

  • Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila layari laman sesawang Petronas NGV Sdn Bhd (PNGV).

Atau, hubungi:

Related Posts

Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan KWSP 2025–2026

Oleh: Nurul Ashikin KWSP memperkenalkan beberapa perubahan penting bagi memperkukuh simpanan persaraan rakyat Malaysia sejajar dengan kos sara hidup semasa. ✅ Penanda Aras Simpanan Persaraan Baharu (2026) ✅ i-Suri Diperluas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

  • By Fandi
  • January 16, 2026
PDRM jamin keselamatan PRK Kinabatangan, Lamag terkawal

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN

PKR Kedah mahu tawan semula kerusi Parlimen, DUN