Berminat jadi Pengawas Peperiksaan SPM 2024/2025? Jom daftar sekarang!

Debaran kini kian terasa buat pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2024/2025. Justeru, tawaran terbuka kepada orang awam yang berumur diantara 18 hingga 65 tahun yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan SPM pada 2 hingga 23 Januari tahun hadapan.

Adakah anda berminat untuk berkhidmat secara sukarela menjadi pengawas peperiksaan SPM bagi sesi 2024/2025? Jom baca artikel dibawah dan mohon segera sebelum penuh!

Pengenalan

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan peperiksaan bertulis SPM tahun 2023 mulai 2 Januari hingga 23 Januari 2025. Sehubungan itu, LP melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) membuka tawaran permohonan kepada orang awam yang berminat untuk bertugas sebagai Pengawas Peperiksaan berdasarkan kriteria berikut:

  • Prinsip :
    Tawaran ini adalah berdasarkan prinsip sukarelawan;
  • Elaun :
    Elaun dibayar berdasarkan jumlah hari bertugas dengan kadar bayaran semasa bagi bukan penjawat awam;

Tugas Pengawas SPM 2024

Senarai tugas yang ditetapkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan adalah seperti berikut :

  1. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan mengawas perjalanan peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan.
  2. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan untuk mengedar kertas peperiksaan dan atau apa-apa bahan peperiksaan berdasarkan keperluan semasa.
  3. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan memungut kertas peperiksaan, skrip jawapan peperiksaan, kertas jawapan objektif dan atau apa-apa bahan peperiksaan.
  4. Mengawas calon peperiksaan untuk ke tandas dan masuk semula ke dewan atau bilik peperiksaan;
    Mengawas calon peperiksaan dalam dewan atau bilik peperiksaan sepanjang masa peperiksaan berlangsung, dan
  5. Membantu Ketua Pengawas Peperiksaan berdasarkan arahan dari semasa ke semasa yang telah ditetapkan oleh LP.

Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti yang berikut :

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun
  2. Sihat tubuh badan dan tiada penyakit kronik
  3. Bebas dari sebarang rekod jenayah dan tindakan mahkamah
  4. Dalam daerah yang sama (tidak lebih 25km sehala)
  5. Mempunyai pengangkutan sendiri;

Cara Permohonan Sukarelawan Pengawas Peperiksaan SPM 2024

  • Permohonan dibuka sehingga tarikh yang akan diberitahu.

Kaedah Memohon

  • Permohonan melalui laman web rasmi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : https://elp.moe.gov.my/auth/login
  • Permohonan yang berjaya dan disenarai pendek sebagai calon sukarelawan akan dipanggil untuk temuduga di Pejabat Pendidikan Daerah yang berdekatan.

Cara Memohon:

  1. Klik pada PAUTAN https://elp.moe.gov.my/auth/login
  2. Daftar sebagai pengguna terlebih dahulu
  3. Pilih ikon ‘Sukarelawan’ yang tertera di laman utama
  4. Isi Maklumat Diri

Semakan Keputusan & Prosedur Penerimaan Permohonan

  • Pemohon yang berjaya akan dihubungi dan dikehendaki menjawab surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan;
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya; dan
  • Segala perbelanjaan berkaitan dengan permohonan ini adalah ditanggung sendiri oleh pemohon.

Tarikh & Jadual SPM 2024
Tarikh dan jadual SPM 2024 telah diterbitkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan. Sila rujuk di sini untuk lampiran penuh.

Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2024, sila rujuk saluran berikut:

Related Posts

Kanser Kolorektal: Ketakutan, kesedaran, tindakan

MAC merupakan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal, iaitu kanser kedua paling kerap didiagnosis dan tertinggi dalam kalangan lelaki di Malaysia. Namun, di sebalik pelbagai kempen dan hebahan oleh agensi kesihatan, tahap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pangkor: Gabungan pantai, sejarah dan budaya tempatan

Nama : Rashidiin Teh PULAU Pangkor merupakan sebuah pulau yang terletak di perairan Selat Melaka dan berada di bawah pentadbiran negeri Perak. Pulau ini dikenali sebagai salah satu destinasi pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah