Bekas pelajar nyatakan sokongan padu buat Cikgu Joohari

YA, tiada apa yang mampu membalas jasa serta pengorbanan seorang guru dalam mendidik dan mencorak anak bangsa. Segala keringat yang ditumpahkan, masa dan kudrat yang diberikan tidak terhitung.

Sepanjang berkempen, calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin atau sinonim dengan panggilan Cikgu Joohari pasti bertembung dengan bekas pelajarnya. Masing-masing teruja, lebih-lebih lagi ketika mengimbau kenangan berada di kelas subjek Matematik dan Ekonomi yang diajari Cikgu Joohari.

Ketika bertanya khabar, senyuman tidak lekang di bibir Cikgu Joohari dan bekas-bekas pelajarnya. Terserlah rasa bangga kerana cikgu yang mereka kenali suatu masa dulu kini menjadi calon dan tidak mustahil menjadi wakil bagi penduduk Sungai Bakap.

“Rasa bangga jugalah bekas cikgu saya menjadi calon. Moga-moga dapat bantu kawasan ini lebih maju, insya-Allah. Dia adalah guru juga warden yang baik dengan semua pelajar, ramai yang sayang dekat dia,” kata seorang bekas pelajar yang ditemui.

Seorang lagi bekas pelajar tidak henti-henti memuji Cikgu Joohari dan menyatakan pengharapan yang tinggi agar kemenangan berpihak kepada cikgu kesayangan ramai itu.

“Bangga sangatlah Cikgu Joohari jadi calon dan beliau adalah cikgu yang terbaik. Cikgu Joohaei mengajar saya subjek Matematik ketika tingkatan 1 dan 2. Sekarang saya sendiri pun sudah bergelar cikgu,” kata bekas pelajar yang turut mengajar subjek Matematik.

Di sekitar Sungai Bakap, bekas pelajar Cikgu Joohari boleh ditemui di mana-mana sahaja. Mereka bangga dan sebulat suara menyatakan sokongan padu kepada Cikgu Joohari. Setiap daripada mereka memberikan kata-kata semangat kerana yakin Cikgu Joohaei mampu membawa perubahan di Sungai Bakap.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dengan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, susulan kematian penyandang Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera