Pemuda taruh harapan wakili UMNO di Nenggiri

MACHANG – Pemuda UMNO menaruh harapan supaya parti memberi peluang kepada calon muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, calon dalam kalangan orang muda dilihat lebih mudah untuk mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk membangunkan kawasan tersebut.

“Mengenai nama calon Pemuda UMNO, kita akan bawa perkara ini kepada Biro Politik untuk diadakan perbincangan dengan Umno Kelantan sebelum diajukan kepada pucuk tertinggi pimpinan parti.

“Sehubungan itu, kita mohon kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk mencalonkan wakil Pemuda bertanding PRK Nenggiri kali ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Machang di Pusat Transformasi Ilmu dekat Bukit Tiu, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Akmal berkata, sekiranya calon yang dipilih dalam kalangan Pemuda UMNO, individu itu mestilah melepasi standard yang ditetapkan iaitu individu yang menetap di kawasan berkenaan dan paling penting boleh menjadi ‘Yang Berkhidmat’ bukannya ‘Yang Berhormat’.

Pada 19 Jun lepas, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan Kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian Bersatu pada 13 Jun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing pada 3 Ogos dan 13 Ogos manakala hari pengundian pada 17 Ogos.

Related Posts

Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda