181 permit dilulus sepanjang tempoh kempen PRK Sg Bakap

NIBONG TEBAL – Polis Pulau Pinang menerima sebanyak 181 permit permohonan berkempen dari kedua-dua parti yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, dari jumlah itu sebanyak 115 permit ceramah dan 38 kempen bergerak serta 28 permit ‘walkabout’ diluluskan.

“Sepanjang tempoh kempen berlangsung semuanya telah berjalan dengan baik, lancar serta dalam keadaan dan suasana yang aman.

“Bagaimanapun, pihak polis hanya menerima sebanyak lima laporan polis telah dibuat melibatkan beberapa kes iaitu melibatkan kerosakan bahan kempen, mengedar risalah menyalahi peraturan undang-undang, kes curi bendera dan ‘banner’ pilihan raya serta kes berhimpun tanpa permit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, pihaknya juga telah bersiap sedia mengatur gerak pegawai dan anggota bertugas untuk mengawal serta memastikan keselamatan pengundi selain memastikan proses pengundian berjalan lancar.

“Justeru, semua pengundi diminta keluar mengundi dalam keadaan baik dan tidak perlu bimbang kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjamin.

“Oleh itu, pengundi boleh keluar menunaikan tanggungjawab mereka tanpa sebarang kerisauan kerana anggota pasukan keselamatan berada di semua lokasi bagi mengawal keadaan,” katanya.

Related Posts

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

KUALA LUMPUR – UMNO akan menggunakan pendekatan ‘di luar kotak’ termasuk kaedah komunikasi bukan lisan, bagi menarik sokongan pengundi muda yang kini menjadi kumpulan majoriti dalam landskap politik negara. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi UMNO perlu kuasai media sosial, mahir AI

KUANTAN – Penguasaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) menjadi antara faktor terpenting menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang. Justeru, semua ahli UMNO perlu mempelajari dan menguasai kemahiran baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk