Bantuan rakyat wajar disokong, bukan dipolitikkan

KUANTAN – Bukan semua perkara, terutama yang membawa kebaikan kepada rakyat, perlu dijadikan bahan politik.

Keputusan kerajaan Pahang menyalurkan bantuan sehingga RM15,000 seminggu bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis antara Iran-Amerika Syarikat sepatutnya disambut baik wakil rakyat pembangkang di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, usaha ditunjukkan kerajaan negeri itu juga wajar dijadikan contoh kepada pihak lain.

“Saya fikir pihak pembangkang perlu memberi fokus kepada peranan mereka sebagai ejen semak dan imbang.

“Peranan blok pembangkang seharusnya berteraskan teguran yang membina dan bukannya kritikan melulu tanpa asas yang kukuh.

“Tapi mereka (pembangkang) sering mendakwa kerajaan tidak adil apabila bantuan tidak disalurkan melalui mereka,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sabtu lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika satu majlis di ibu negara mengumumkan kerajaan negeri mulai minggu ini menyalurkan RM15,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penyelaras DUN di negeri berkenaan.

Bantuan itu, katanya, bagi tujuan membeli barangan makanan asas untuk diagihkan di kawasan mereka.

Wan Rosdy menjelaskan, keputusan itu dibuat susulan isu harga minyak dan subsidi tertentu yang terkesan susulan perkembangan di Iran.

Ahmad Irshadi dalam pada itu memaklumkan, prinsip adil dalam itu sendiri perlu difahami dengan baik.

“Adakah penyaluran bantuan ini hanya dianggap adil jika mereka (pembangkang) yang menguruskannya.

“Sewajarnya (pembangkang) memberi pengiktirafan terhadap keprihatinan kerajaan Pahang dalam mendepani isu kos sara hidup.

“Tanggungjawab sebenar pembangkang adalah memastikan bantuan tersebut sampai kepada golongan sasar yang benar-benar memerlukan, bukannya melemparkan kritikan sebelum proses agihan dilaksanakan,” ujarnya.

Beliau turut meminta wakil rakyat pembangkang bersikap profesional dengan memantau pelaksanaan inisiatif itu.

Kalau ada kepincangan dalam aspek pengurusan dan pengagihan, maka pembangkang boleh mengkritik dan memberi pandangan membina bagi menambah baik kaedah pelaksanaan.

“Dengan cara sedemikian, barulah pembangkang boleh menjalankan fungsi atau peranan sebagai ejen semak dan imbang dengan baik, bukan terus melempar kritikan sebelum sesuatu dasar atau perkara dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

KUCHING – Stesen radio tempatan, CATS FM terus menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini menerusi penganjuran Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Ohsem Raya yang berlangsung meriah di Dewan CATS FM, Jalan Bako…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

TAWAU – Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa negeri Sabah termasuk dua pegawainya direman bermula Rabu bagi siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 antara 2022 hingga 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

CATS FM santuni golongan istimewa, erat silaturahim menerusi Ohsem Raya

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Disyaki minta, terima RM500,000: Tiga penjawat awam agensi penguat kuasa direman

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Isu gangguan kutipan sampah dijangka selesai seminggu, MPKK gerak tindakan segera

Guru wanita maut, kereta bertembung lori

Guru wanita maut, kereta bertembung lori